19 Julai 2010

Soalan Lazim-Treasure Hunt 'ELARTI'-Menjejaki Keris Nanggroe pada 1 OGOS 2010

Anda teruja untuk bersama kami dalam program-program yang kami adakan dan program kami sokong. Kami akan mengadakan Treasure Hunt 'ELARTI'-Menjejaki Keris Nanggroe pada 1 Ogos ini yang bermula di Dataran Merdeka dan berakhir di Tasik Titiwangsa. Mari bersama-sama kami dengan membuat pendaftaran sebanyak RM20 ke sksun Maybank berikut 1011 4132 2442 atas nama Zaifulnizam Wagiran & emailkan nama & no telefon serta bukti pembayaran ke email berikut admin.ramfc@gmail.com , pendaftaran awal akan mendapat 'goodie bag' tajaan dari penaja acara kami nanti.

untitled

Berikut adalah sesi soal jawab bersama tuan penasihat RAMFC merangkap Pengarah Projek iaitu saudara Attokz Dikulgai pada satu hari:-

  • Apakah nama program ini?

Attokz Dikulgai : Treasure Hunt 'ELARTI'-Menjejaki Keris Nanggroe yang dianjurkan sempena sambutan hari weblog sedunia 2010 yang jatuh pada 14 Jun 2010 yang lepas.

  • Mengapa Treasure Hunt 'Elarti'?

'Elarti' adalah bunyi sebutan yang dieja kembali untuk LRT (Light Rapid Transit). Treasure hunt kali ini menggunakan konsep bersektor, dimana setiap sektor berada dikawasan stesen LRT. Dengan erti kata yang lain, pengangkutan untuk bergerak ke setiap sektor boleh menggunakan LRT.

  • Apa itu treasure hunt?

Satu bentuk permainan pencarian perkataan yang mengabungkan beberapa teknik dan strategi untuk penyelesaian

  • Saya tidak ada pengalaman, bolehkah saya turut serta?

Boleh. Jadikan program ini pengalaman pertama anda

  • Saya tidak mahu menyertai treasure hunt, bolehkah saya menyertai sambutan hari weblog ini?

Boleh. Anda masih boleh menyertai program santai ramah mesra gurindam rasa di sebelah petang tetapi anda akan terlepas pengalaman berharga dan tidak merasai keseronokan berganda ketika treasure hunt

  • Treasure hunt kali ini konsep apa?

Konsep Town Walk-Hunt, jenis pencarian bersektor

  • Berapa orang dalam satu pasukan?

2 orang ( mandatori ). Gabungan tidak mengira usia, jantina atau status

  • Berapakah bayaran yang dikenakan?

RM40 setiap kumpulan. Dengan kata lain, setiap ahli kumpulan RM20

  • Apakah perlu meletakkan nama kumpulan?

Perlu. Untuk memberikan identiti tersendiri kepada kumpulan anda dan memudahkan urusan penandaan kertas jawapan

  • Pakaian apa yang perlu saya pakai?

Anda perlu berpakaian, jika tidak mahu berpakaian seragam sewaktu lahir. Disarankan memakai pakaian yang menunjukkan anda dalam satu kumpulan yang sama atau tshirt-tshirt rasmi keluaran RAMFC.

( cth : kumpulan The Wonder Gurls – memakai swimming suit berwarna merah hati, bertopi kepala arnab dan bersayap berwarna hijau muda, misalnya )

  • Dimanakah program ini bermula?

Dataran Merdeka, Kuala Lumpur – tempat letak kereta Perpustakaan Kuala Lumpur & Muzium Kuala Lumpur

  • Dimanakah program ini berakhir?

Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur – tempat letak kereta bersebelahan Stadium Titiwangsa.

  • Tentatif acara?

Pendaftaran - 0930hrs

Sessi Penerangan - 1000hrs

Flag-Off - 1030hrs

Penalti - 1530hrs

Tamat - 1600hrs

Tempoh Maks. (hunt) - 5 jam 30 minit

  • Saya tidak mahu datang awal, masih bolehkah saya menyertainya?

Boleh. Tetapi mestilah datang sebelum Flag-Off bermula pada jam 1030hrs.

Tetapi anda akan terlepas sessi penerangan.

  • Saya datang lewat selepas Flag-Off, masih bolehkah saya menyertainya?

Maaf. Sila hadir di Taman Tasik Titiwangsa bermula jam 1600hrs untuk program santai ramah mesra gurindam rasa.

  • Perlu bawa apa?

Disarankan untuk membawa kamus, thesaurus, pemadam, cecair pemadam, pen, pensel, pembaris, clipboard dan yang difikirkan perlu seperti topeng muka, lipstik, compact powder dan sunblock, barangkali.

  • Apa yang saya akan dapat?

Hadiah dan gelaran kemenangan ( jika menang ), goodies bag, pengalaman, persefahaman, kenalan baru dan kenangan manis yang tidak ada dijual di 7-eleven.

1 comments:

m.k.z.e berkata...

kasi post kat FB la....

Kongsi berita ini dengan rakan-rakan anda.

Blog Widget by LinkWithin
 

Rekaan |BudakhutaN |untuk | BLOG Kelab Peminat Novelis : Ramlee Awang Murshid

Kembali Ke Atas