04 Januari 2012

Dari Petikan Akhbar….

Sempena novel Fiksyen 302 di pasaran, sudah banyak liputan dari Akhbar telah disiarkan terumatanya dari Akhbar Sinar Harian, terkini adalah petikan dari Akhbar Berita Harian bertarikh 3 Januari 2012 ketika sesi forum di USM Pulau Pinang.

401534_299636830072181_100000776006308_790286_1849966865_n

Sinar Harian - 25 Disember 2011

378461_294868337215697_100000776006308_774738_1654455151_n

Sinar Harian - 24 Disember 2011

Sinar Harian-241211

Sinar Harian – 18 Disember 2011

Sinar Harian - 18-12-11

Juga pada Khamis (5 Januari 2011) Jam 8.15 pagi, Ramlee Awang Murshid akan bersiaran di TV1 dalam slot Resensi untuk membicarakan mengenai Novel Fiksyen 302. Sama-sama kita nantikan,

20 Disember 2011

Temui Ramlee Awang Murshid Di Pulau Pinang

22 Disember 2011-Universiti Sains Malaysia

USM

23 Disember 2011- Hasani Books Perai, Seberang Jaya.

poster ramleexhasani

Temui anda di sana, tunggu apa lagi orang-orang Utara. Dapatkan juga cenderahati RAMFC dan sertai bengkel penulisan pada harga runtuh hanya pada kedua-dua tarikh sahaja. Jumpa anda di sana.

13 Disember 2011

17/12/11 - Pelancaran Novel Fiksyen 302 & Detik Debar di MPH, One Utama.

poster pelancaran F302 & DD

Anda semua dijemput hadir ke Pelancaran dua Novel Fiksyen 302 oleh Ramlee Awang Murshid dan Detik Debar oleh Eyman Hykal pada 17 Disember 2011 bersamaan dengan hari Sabtu dari jam 2.00 – 5.00 petang.

MPH One Utama terletak di:

MPH Bookstores

Lot No.:F319

Lokasi: Tingkat Satu

No Telefon:0377264003

Anda juga boleh mendapatkan kedua-dua novel dengan diskaun istimewa dimana anda dapat bertemu mesra dengan kedua-dua penulis selain mendapatkan tandatangan pada novel terbaru mereka. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Apakah gimik bakal dilakukan oleh RAMians & Geng GBK kali ini? Jumpa anda Sabtu ini.

Info ke MPH One Utama

  1. Untuk berkenderaan sendiri berikut adalah Peta ke MPH, One Utama.

Untuk maklumat meletakkan kenderaan sila lihat link berikut –> http://www.1utama.com.my/LinkClick.aspx?fileticket=4-qh7p4aqcI%3d&tabid=60

Dinasihatkan untuk memudahkan anda, sila parkir kereta di bahagian Parkson dan Cold Storage.

2. Untuk yang ingin menaiki kenderaan awam, anda boleh menaiki lrt ke Hentian Kelana Jaya. Kemudian menaiki bas yang disediakan untuk ke One Utama. Berikut adalah maklumat mengenai perkhidmatan Bas OneCard Express.

Berikut adalah maklumat bas-bas lain yang melalui dan berhenti di One Utama:

Rapid KL Bus

RAPID KL NO. U89
Kota Damansara --> LRT Kelana Jaya

RAPID KL NO. U86
Metro Prima Kepong

RAPID KL NO. T43
Kelana LRT --> Putrajaya Sentral

RAPID KL NO. U82
Uptown / Damansara Utama --> Pusat Bandar Damansara --> KL Sentral

3. Untuk mereka yang datang dari luar Lembah Kelang, sila lihat maklumat berikut untuk memudahkan anda –> http://www.1utama.com.my/TransportationHub.aspx

Semoga dapat hadir dan memeriahkan majlis pelancaran dan berpeluang bertemu dengan penulis kegemaran anda.

09 Disember 2011

Sinopsis Fiksyen 302

fiksyen-302 LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.

Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!

RAMLEE AWANG MURSHID dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar sahaja, maut sudah di hadapan mata. Melarikan diri adalah perkara mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara paling selamat... jangan sesekali percaya! Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan.

Sebuah karya suspen thriller yang ditunggu-tunggu oleh peminat beliau yang pernah membawa garapan beliau seperti Mandatori dan Rahsia Perindu. Biarlah diri anda dilontarkan ke dalam pergelutan fikiran dan kerasukan jiwa.

Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran anda atau layari laman berikut untuk membuat tempahan dari RAMFC –> http://www.kelabram.com/2010/03/pesanan-buku-ram-di-ramfc.html

08 Disember 2011

Pra Pelancaran Fiksyen 302 – 04/12/11

Satu sesi tandatangan telah diadakan di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam sempena keluarnya Fiksyen 302 di pasaran. Tarikh 4 Disember menjadi saksi betapa ramai peminat Ramlee Awang Murshid yang sanggup menunggu dari pukul 9 pagi lagi. Walhal sesi tandatangan hanya bermula pada pukul 2.oo petang.

IMG_6269 IMG_6270

IMG_6271 IMG_6272 

IMG_6275 IMG_6273

IMG_6278 IMG_6279

IMG_6330 IMG_6378 IMG_6390

Berikut peminat ramai yang menunggu semakin ramai, meja tuan Ramlee terpaksa diubah ke satu sudut lain untuk memudahkan urusan tandatangan. Orang ramai kelihatan kagum dengan barisan panjang dan tertanya-tanya siapakah gerangan yang ditunggu. Kemunculan Tuan Ramlee tidak juga meredakan barisan namun beliau tidak mengecewakan peminat-peminat beliau. Beliau setia melayan peminat beliau se hingga ke pukul 7.30 malam.

Harap maaf jika terdapat salah silap, harap semua gembira dapat memiliki Fiksyen 302 pada hari tersebut. Harap anda Jangan Percaya apabila membaca Fiksyen 302 nanti!

Bagi mereka yang tidak berpeluang hadir di Fiesta Buku GBK yang lalu, satu Majlis Pelancaran Fiksyen 302 akan diadakan pada tarikh 17 Disember 2011 di MPH One Utama, Damansara, Kuala Lumpur dari pukul 2.00 hingga 5.00 petang. Turut dilancarkan bersama novel aksi Detik Debar karya Eyman Hykal. Datanglah beramai-ramai untuk menyaksikan majlis pelancaran dan mendapatkan tandatangan dari kedua-dua penulis. Jumpa anda minggu hadapan!

Diskusi Kerjaya Sebagai Penulis di USIM, Nilai.

2 Disember 2011 - Hari pertama ketika Fiksyen 302 diedarkan sempenan Fiesta Buku Grup Buku Karangkraf, Tuan Ramlee Awang Murshid telah menhadiri satu sesi diskusi mengenai kerjaya sebagai penulis di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan.

Diskusi ini dianjurkan oleh Unit Psikologi Kauseling dengan Kerjasama PRU dan JobMalaysia dibawah pentadbiran Universiti Sains Islam Malaysia.  Dianjurkan sempena Minggu Ekplorasi Kerjaya dan Pesta Konvoksyen Kali Ke 9 univeristi ini.  Turut menjadi tetamu jemputan adalah penulis travelog Rindu Eropah Tawan Damacus iaitu Tuan Munir Ramli.

Berikut ada gambar sekitar sidang diskusi berlangsung:

Ada antara pelajar USIM yang berjaya menjadi yang terawal memiliki novel Fiskyen 302 kerana Tuan Attokz Dikulgai ada membawa 3 buah naskah khas untuk dijual di booth yang disediakan. Untuk foto-foto, sila klik link berikut https://www.facebook.com/media/set/?set=a.2541478629833.127121.1639729063&type=1

Kami bagi pihak Tuan Ramlee Awang Murshid mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat.

Blog Widget by LinkWithin
 

Rekaan |BudakhutaN |untuk | BLOG Kelab Peminat Novelis : Ramlee Awang Murshid

Kembali Ke Atas