Topik Minggu Ini – 26/2/18 - Penulis, Macam Mana Nak Survive? (Petikan temuramah Ramlee Awang Murshid di Facebook Sinar Harian pada 23 Februari 2018)

Topik Minggu Ini – 26/2/18

Antara dibincangkan dalam Sesi FB Live Sinar Harian bersama RAMLEE AWANG MURSHID pada 23 Februari (Jumaat) yang lalu.

Sebelum itu tajuk diutarakan ialah *“Penulis, Macam Mana Nak Survive?”



Sosial Media
1. Ramlee Awang Murshid menyifatkan sosial media telah menjadi KEHENDAK untuk memainkan peranan dalam mempromosikan karya beliau pada masa kini selain media arus perdana.
2. Digunakan sebagai platform untuk berhubung dengan para peminat atau dalam ayat beliau sendiri ‘menterjemahkan  diri penulis di sebalik layar’.
3. Beliau juga memetik baris lirik lagu M.Nasir ‘Tanya Sama Itu Hud Hud’; ‘Lihat dunia dari mata burung Atau lihat dari dalam tempurung’ dan mengatakan kepada penulis untuk melihat pengunaan sosial media dari segi mata helang atau dari bawah tempurung. Bagi beliau pengunaan sosial media telah berubah untuk penulis lebih dikenali dan ‘survive’ dalam industri ini.
4. Penulis perlu bersikap ramah tamah dengan peminat dan mesti dilakukan sepanjang masa. Penulis juga kena ikhlas dan jujur kerana ini adalah tuntutan dalam pekerjaan ini.

Cabaran Penulis Sepenuh Masa
1. Cabaran utama ialah pengurusan Masa.
2. Ramlee Awang Murshid meletakkan sasaran dua buah novel setahun. Setiap hari beliau mensasarkan untuk menulis 2 bab sehari dan setiap bab mempunyai 5 muka surat.
3. Beliau memulakan penulisan di sebelah pagi dan kemudian selepas Zuhur dia akan tidur sebentar kemudian sambung menulis selepas Asar. Di antara itu juga, Ramlee juga digelar Mr. Mama menyelesaikan kerja-kerja rumahtangga seperti membasuh baju dan memasak.
4. Manakala untuk penulisan skrip, beliau hanya akan menulis skrip di pejabat Layar Sunan. Ini adalah antara cara beliau untuk fokus dalam penulisan beliau.
5. Dalam perbincangan ini, Ramlee menyebut terma ‘Qailullah’ – mengikut carian google ‘Qailullah’ adalah tidur selepas dan sebelum solat Zuhur dalam tempoh 10 hingga 40 Minit dengan Niat untuk bangun di malam hari. akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari. Dari segi kesihatan boleh mengelakkan penyakit Jantung. (penambahan oleh Admin)

Buku Digital
1. Bagi pada masa sekarang ada yang suka pada yang naskah digital tapi masih ramai yang naskah fizikal. Terpulang kepada pembaca itu sendiri. Yang penting masih ada keinginan untuk membaca dalam masyarakat.
2. Karya Ramlee Awang Murshid juga ada dijual dalam bentuk digital di aplikasi online eMall yang dibangunkan oleh Grup Buku Karangkraf. Ia boleh dimuat turun ke dalam telefon pintar anda.

Teknik Menarik Pembaca
1. Antara cara yang baik bagi Ramlee ialah apabila penulis berkongsi sebahagian daripada isi kandungan novel kepada pembaca di laman sosial media, jika ia dapat menarik pembaca barulah novel itu dibukukan.
2. Bagi Ramlee juga usaha Grup Buku Karangkraf mengadakan Jualan Gudang antara cara untuk menarik orang ramai untuk menjadi pembaca tegar dengan mendapatkan bahan bacaan pada harga runtuh sehingga ada buku bernilai nilai seringgit.
3. Namun ini semua kembali sikap masyarakat dan juga faktor ekonomi. Beliau juga menyebut teori ekonomi apabila setiap 10 tahun, Malaysia akan dilanda kegawatan ekonomi dimana ia juga akan menganggu pasaran.
4. Bagi Ramlee sikap membaca ini tidak boleh dipaksa, tapi jika sikap sudah mejadi sifat, kita akan berusaha mendapatkan (bahan bacaan) walau apa pun keadaannya. Kita boleh senang senang memetik Wahyu Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad yang menyentuh perihal kepentingan membaca ini namun akhirnya terpulang kepada individu tersebut untuk sedar akan perkara ini.
5. Menyentuh terma Sikap menjadi sifat ini berlaku apabila kita sering melakukan dimana Ramlee memberi contoh jika suka berjalan dan kita selalu melakukannya, makan berjalan itu sudah menjadi sifat kita. Bagi beliau menulis sifat beliau dan itu sebab beliau tidak melakukan pekerjaan yang lain.

Plagiat
1. Ramlee menyarankan untuk kembali kepada agama. Dia mengingatkan untuk membuat pilihan ‘Antara bangkai atau makanan yang sedap’ mana satu menjadi pilihan kita. Bagi beliau plagiat itu adalah haram, jika berlaku adalah seoleh kita memakan bangkai.
2. Banyak pekerjaan halal boleh dilakukan dan kenapa pilih yang haram?
3. Memohon mereka yang mempunyai niat tidak baik ini untuk memikirkan jika mereka menutup periuk nasi orang bagaimana satu hari nanti orang lain pulak menutup periuk nasi mereka.
4. Beliau menegaskan setiap apa yang kita lakukan akan dipusing kembali kepada kita

Sokongan dari grup pembaca tegar
1. Ramlee menyatakan beliau tidak terfikir untuk mempunyai kelab sendiri. RAMFC hadir dengan sendiri dan segala dilakukan oleh kelab ini secara LilahiTaala tanpa beliau memberi bayaran apa-apa.
2. En Norden yang menemuramah berpendapat perlu ada grup sebegini bagi penulis lain untuk menyemarakkan semula industri buku tanahair.
3. Bagi RAMFC, saranan En Norden adalah sangat baik dan RAMFC menyeru grup grup pernah ada satu ketika dulu untuk bangun semula dan mungkin kepimpinan lama bole serahkan kepada kepimpinan baru dan terus dipantau oleh kepimpinan yang lama. Ini bagi meneruskan kelangsungan grup peminat tersebut. Jangan fikirkan soal keuntungan semata-mata kerana perkara baik, InsyaAllah akan dibalas baik. (tambahan oleh Admin)

Terbit buku sendiri
1. Ramlee merasakan untuk menerbitkan buku sendiri perlu energi kuat dan mempunyai risiko yang tinggi.
2. Jadi beliau lebih gemar jika soal penerbitan diuruskan oleh syarikat penerbitan yang berpengalaman.
3. Namun jika ada penulis ingin melakukannya sendiri, terpulang kepada mereka kerana rezeki di dunia ini luas dan kita bersaing secara sihat.

Kualiti
1. Ramlee mengamit memori ketika mula mula menjadi penulis di Karangkraf, di mana ketika itu karangkraf mahu mengartiskan penulis dan bagi beliau formula berjaya. Tapi penulis tetap harus terus menjaga kualiti karya mereka.

Aspek Ketuhanan
1. Bagi Ramlee ‘Dunia ini luas, kemana saja mahu pergi, pergilah, akhirnya kita kembali kepada Allah S.W.T dan sebagai manusia sentiasa berlawan dengan diri kita mengenai idea kita dapat.
2. Jadi kita kena belajar bersyukur dan antara caranya mengamalkan solat sujud syukur
3. Kita kena tanamkan dalam diri kita bahawa idea/karya ini adalah Allah S.W.T punya bukan kita yang punya. Kita harus bersyukur kepada Allah S.W.T yang kurniakan idea kepada kita.
4. Perasan rendah diri itu penting bagi penulis dan sentiasa memikir bahawa semuanya dengan izin Allah S.W.T
5. Dan Ramlee Awang Murhid memetik hadis  ‘Berdakwahlah walaupun satu ayat’ untuk dijadikan sebagai kunci dalam penulisan.
6. Ramlee menerapkan dalam penulisannya sikap berbuat baik, bersangka baik dan ikhlas dan menekan kerana akhirnya kita semua akan kembali kepada Allah S.W.T
7. Ramlee berkongsi apabila dia mengalami ‘writer block’, beliau mengamalkan solat sunat dua rakaat dan InsyaAllah idea akan datang selepas itu.

Bahasa
1. Cara kita berbahasa adalah cara dimana kita mahu anak kita berbahasa di kemudian hari ini. Anak kita adalah cermin kita serta sebaliknya.
2. Semua orang mahu masuk syurga dan ingatlah kita tulis ada dosa dan pahalanya. Bahasa yang baik akan mendapat ganjaran sebaiknya
3. Ramlee lebih suka mengunakan bahasa berbunga dan bermadah.
4. Beliau berharap semua penulis berfikir ke depan sebelum menulis.

Penutup
1. Penulis perlu mendekati peminat
2. Penulis perlu pelbagai gaya & platform penyampaian penulisan mereka.
3. Penulis perlu berketerampilan
4. Penulis perlu mempunyai displin yang kental dan produktif
5. Bersangka baik pada rezeki yang diberi oleh Allah S.W.T
6. Masyarakat yang akan menghakimi karya kita, kita kena berdoa dan biar ada yang membaca dan menjadikan karya itu disukai ramai
7. Kita suka jada peraturan hidup dan biarkan Allah S.W.T menguruskan yang lain dan kita niat cari rezeki yang halal dan baik, rezeki yang halal itu akan mencukupi segala-galanya
8. Menjadi penulis di Malaysia mungkin tidak sehebat di barat, tapi ada pelbagai kita gunakan mungkin juga menterjemahkan karya ke Bahasa Inggeris.

Info Selingan
1. Buku terbaru berjudul Banja Manggala, InsyaAllah akan berada di pasaran pada PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2018
2. Filem Ungu Karmila sedang dalam peringkat pembikinan skrip.
3. Cameo dalam Filem – Ramlee tidak menidakkan kemungkinan kerana sebenar beliau & anak belau telah lakukan dalam Tombiruo tapi babak itu diminta dipotong kerana dilihat tidak penting dalam filem tersebut. Untuk Filem seterusnya, beliau menimbangkannya dan ikut kesesuaian.
4. Beliau baru menyambung sekuel Tombiruo yang diberi nama Legasi Tombiruo dan telah terbit pada Disember lalu. Ia merupakan sambungan Tombiruo Terakhir. Pada penghujung tahun ini, beliau akan menyambung novel Anding Ayangan pula.
5. Ramlee juga menyatakan beliau pernah menjadi penyampai radio Radio Malaysia Kota Kinabalu sebelum berpindah ke Angkasapuri dan kemudian dia mengampil opsyen bersara awal untuk menjadi penulis sepenuh masa.

Semua catatatan ini berdasarkan temubual dan juga mengambil soalan dari para peminat.Juga sedikit nota tambahan dari Admin. Semoga catatan ini bermanafaat.

Dan jika anda ingin menambah, boleh tinggalkan di ruangan komen.

Terima kasih.

p/s: Catatan ini juga dinaikkan di dalam laman grup Facebook RAMFC - Ramlee Awang Murshid Followers pada Isnin 26 Februari untuk segmen 'Topik Minggu Ini". Video temuramah ini boleh ditonton di laman Facebook Sinar Harian bertarikah 23 Februari 2018.

Share:

1 Ulasan

  1. BERITA BAIK UNTUK AL

    Saya ingin mengingatkan semua pencari pinjaman internet untuk berhati-hati, terdapat penipuan pinjaman dalam talian di mana-mana, mereka akan menghantar dokumen palsu dan mereka akan mengatakan tidak ada bayaran, maka mereka akan meminta anda membayar yuran lesen dan bayaran pemindahan, jadi berhati-hati.

    Semua pemberi pinjaman palsu ini mempunyai banyak persamaan yang saya dapati dan saya akan menyenaraikan mereka di bawah

    Kebanyakan mereka mempunyai akaun gmail

    Mereka semua mempunyai kuasa yang meyakinkan. mereka akan menjanjikan segala-galanya

    Mereka semua mempunyai gambar profil palsu seorang wanita yang memakai tudung

    Mereka semua memberi kadar faedah 2%

    Tiada had pada jumlah yang anda boleh pinjam

    Berita baiknya ialah saya telah menemui firma pinjaman dalam talian yang sah. Saya tidak berada di sini untuk berkhotbah tetapi untuk membantu orang keluar dari pengisap wang ini. hubungi syarikat (Dailypayloan@yahoo.com) Jika anda berminat untuk mendapatkan pinjaman, atau anda menghantar saya e-mel peribadi (zaradam@yahoo.com). Satu perkataan cukup untuk orang bijak

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin