CORETAN 2017: 10 Tahun RAMFC, Novel & FIlem TOMBIRUO

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Semua RAMians sedang menghitung jam memasuki tahun baru 2017.

Di RAMFC, kami menutup 2017 dengan protes kepada sebuah karya Ramlee Awang Murshid diadaptasi secara longlai bukan longgar tapi longlai. Dimana rata-rata pembaca novel MANDATORI tahu yang dipaparkan di kaca Televisyen itu hanya mengangkat tajuk dan nama watak saja bukan jalan cerita. Apa pun alasan pihak penerbit yang bagi kami tidak cukup bertanggungjawab menterjemah naskah ini dengan baik. Pendapat kami, bila sudah ada cerita sendiri lebih baiklah mengunakan tajuk lain dari mempergunakan sebuah karya sudah cukup baik bagi pembaca setia karya Ramlee Awang Murshid. Lagipun hakcipta boleh diketepikan jika integriti karya diutamakan. Almaklumlah kita masih di Malaysia bukan di barat yang masih ada sifat hormat menghormati. Jika budaya dan agama diutamakan, sudah tentu hal ini tidak akan terjadi.

Dalam riuh ini, kami ingin membawa RAMians mengimbas kembali warna warni tahun ke-10 Kelab Peminat Novelis Thriller No.1 Malaysia, RAMLEE AWANG MURSHID.

Karya-karya Ramlee Awang Murshid 2017

Ramlee Awang Murshid (RAM) pada tahun ini menghasilkan dua buah novel baru berjudul ANDING AYANGAN & LEGASI TOMBIRUO
.

ANDING AYANGAN menemui pembaca pada Mac 2017 yang membawa kembara baru yang kini ditunggu tunggu sambungannya oleh RAMians. Novel dikatakan menguji pembacaan dan juga diramal bakal menandingi epik Laksamana Sunan.

LEGASI TOMBIRUO pula hadir pada Disember 2017. Ini adalah sambungan trilogi TOMBIRUO yang sebelum ini mempunyai 3 siri berjudul Tombiruo Penunggu RImba, Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir. Hadir atas permintaan dan rententan kejayaan Filem Tombiruo




Selain dua naskah novel baru dari RAM, Grup Buku Karangkraf melalui Buku Prima telah menghasilkan dua Edisi Khas sempena Filem Tombiruo. Edisi Khas pertama yang menimbulkan riuh di media sosial kerana harga hampir  mencecah RM400, edisi ini diberi nama TOMBIRUO TRILOGI yang mengkompilasikan 3 buah novel siri Tombiruo serta bab awal Legasi Tombiruo. Berkulit keras serta mempunyai kotak khas untuk simpanan. Juga mempunyai Illustrasi serta biodata penulis. Hanya ada 300 naskah sahaja di Malaysia & sebuah di Australia. Setiap naskah mempunyai no siri dan didatangkan dengan sijil untuk pemiliknya. Hanya boleh didapatkan secara pra pesanan dan tidak dijual di kedai buku.



Sebuah lagi Edisi Khas adalah Novel Tombiruo Penunggu Rimba yang ditukar kulit bukunya kepada gambar poster Filem Tombiruo. Juga tambahan muka surat  DI SEBALIK TABIR FILEM TOMBIRUO.

Tahun 2017 adalah tahun terbaik Ramlee Awang Murshid, rententan dari kejayaan Filem Tombiruo, ketiga-tiga naskah Tombiruo laku keras dan kini menunggu ulang cetak.


Selain novel di atas, Novel Igauan Maut juga memasuki cetakan ke-4 setelah RAMFC memohon DBP membuat cetakan semula bermula 2013. Karya pertama RAM yang diterbit pada 1995 pada mula menjadi naskah Langka dan pernah dijual beratus ringgit di grup-grup jualan buku terpakai. Menariknya setiap kali cetakan semula, setiap kali juga ia memiliki kulit buku baru. Ini menjadikan setiap cetakan perlu dimiliki oleh peminat setiap RAM.





Tahun Anugerah untuk RAM





Tahun 2017 juga merupakan tahun terbaik buat RAM apabila karya beliau pada 2016 iaitu IMAGINASI menerima dua Anugerah dari dua gergasi toko buku di Malaysia. RAM menerima Best Malay Fiction pada Anugerah MPH Best of 2016. Tempat ketiga bagi kategori Fiksyen pada Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR BH anjuran Popular Bookstore.




Melalui novel IMAGINASI juga RAM menerima Anugerah Novelis Bestseller bagi Kategori Novel Thriller pada Majlis Meet & Makan Grup Buku Karangkraf. Beliau juga menerima Anugerah Novelis Evergreen pada majlis yang sama.

Ulangtahun ke-10 RAMFC






RAMFC pula merayakan ulangtahun ke-10 pada 2017. Kelab ini ditubuhkan pada 2007 telah berjaya mengumpulkan 100,000 peminat tegar RAM melalui laman Facebook Pages RAMFC. Pendukung RAMFC terdiri dari peminat tegar RAM yang telah berada bersama RAMFC dari tahun pertama lagi. Kini mereka dikenali sebagai RAMbassador. Percaya atau tidak, mereka sebagai Admin ini tidak bergaji tapi ada juga disogok dengan pakej percutian sehingga ke Thailand. Itu pun kerana RAMians sudi membuat belian melalui RAMFC Store. Kalau ada bajet kami jalan tapi kalau ada lebih patut diutamakan kami utamakan. Tapi serius, kami tidak makan gaji dengan kelab ini. Jadi harap bersabar kalau admin jawab mesej lambat sebab apa pun mesej buah hati admin kena jawab dulu.

Oleh kerana ini adalah perayaan tahun ke-10, RAMFC telah mengadakan MALAM GALA SEDEKAD RAMFC pada 5 Mei 2017 di Hotel Sani, Kuala Lumpur. Kami mengumpulkan 100 orang peminat RAM seluruh Malaysia pada Malam tersebut dengan hadiah utama EDISI KHAS TOMBIRUO TRILOGI menjadi taruhan. Malam indah tersebut masih segar dalam ingatan kami sehingga hari ini.

Filem Tombiruo
Tahun ini juga tahun ditunggu tunggu RAMians. Boleh dikatakan RAMians telah menunggu 10 tahun juga bagi menunggu Ramlee Awang Murshid merealiasasikan Filem dari adaptasi Novel beliau berjudul TOMBIRUO PENUNGGU RIMBA. Filem melibatkan produksi RAM sendiri iaitu Layar Sunan dikatakan berjaya mengadaptasikan naskah ini ke Layar Perak dengan baik. Walaupun tidak serratus peratus sama tapi jalan cerita, sosok watak masih lagi sama. Lakonan Zul Ariffin yang dilihat berjaya menterjemahkan watak Ejim ke Layar Perak, tidak kurang juga lakonan mantap Datuk Farid Kamil sebagai Amiruddin dan Nabila Huda sebagai Wan Suraya.

RAMFC sekali lagi mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya membawa pembaca novel ke pawagam. RAMFC telah menempah 5 buah pawagam di Sabah, Pulau Pinang, Perak, Melaka & Kuala Lumpur pada hari pertama tayangan Filem ini. Semua kerusi terjual seminggu sebelum tayangan filem ini bermula. Fenomena dicipta oleh kelab peminat buku bukan sesuatu perlu dipandang enteng. Kelab peminat artis pun lebih suka menunggu tiket percuma. Namun penghargaan dan kesungguhan yang ditunjukkan RAMians hanya Allah yang dapat membalasnya.

Tidak terhenti disitu, RAMFC menerima maklumbalas positif dari RAMians yang memuji filem ini. Antara membuat para Admin tergamam apabila ada RAMians bertanya sudah cukup kutipan di pawagam? jika belum mereka akan menonton lagi sehingga kutipan mencapai sasaran. Ada RAMians sudah menonton filem hingga 10 kali sepanjang tayangan filem ini di pawagam. Walaupun tidak cukup menewaskan filem terlaris tahun ini, tempat kedua yang diduduki ini adalah petanda akan ada usaha yang lebih baik akan dipersembahkan oleh RAM kepada peminat pada masa hadapan.

Filem ini melihat RAM sebagai penulis pertama terpaksa turun padang bersama barisan para pelakon untuk mempromosi Filem ini. Walaupun pada awalnya beliau keberatan kerana filem ini tidak menampilkan beliau sebagai pelakon. Tidak dinafikan RAM ada melakonkan satu babak dalam filem ini tapi beliau meminta babak itu dipotong bagi memperkemaskan jalan cerita. Namun suara RAM ada digunakan dalam filem ini untuk proses alih suara watak pembantu bagi beberapa babak.

Filem Tombiruo berjaya mengkutip RM8 Juta sepanjang tayangan di pawagam. Filem ini kini boleh dilanggan di Astro First. Kami mengambil kesempatan ini mengucapkan TERIMA KASIH kepada RAMians ada sokongan PADU anda! Bak kata Amiruddin ‘Aku sudi jadi saudara mu, _________________ (sila isi tempat kosong)’

Suka & duka 2017

Riang ria 2017 yang kami coretkan sebentar tadi hanya sebahagian menjadi warna warni tahun 2017 yang akan melabuhkan tirai sebentar lagi.

Manakala duka yang tidak dikongsi pula biarlah ia lebur menjadi arang bagi membakar semangat. Kami juga berharap kisah plagiat pernah hangat pada awal 2017 tidak akan berulang lagi.

Selain mendoakan kesejahteraan Tuan Ramlee Awang Murshid sekeluarga serta RAMians, marilah sama-sama memanjatkan syukur untuk tahun 2017 atas segala kebaikkan daripadaNya. Kami RAMbassador mengambil kesempatan menyusun jari memohon maaf atas keterlajuran Bahasa atau pun tingkah laku. Kami ini hanyalah manusia biasa. Namun mencuba memberi terbaik kepada anda.

Sambil kita terus meraikan karya terbaru RAM iaitu Legasi Tombiruo dan kami harap anda jmasih menjadi penanti setia bagi karya RAM akan datang berjudul Banja Manggala dan mungkin juga sambungan Anding Ayangan. Manakala jika semua mengikut perancangan, mungkin ada juga sebuah lagi adaptasi dari Novel beliau. Namun tidak tentu lagi akan hadir pada tahun 2018. Apa apa pun, sama-sama kita nantikan.


Bercakap mengenai adaptasi, kami sekali lagi menegaskan, mana-mana pihak sama ada produksi yang mendapat hak untuk menterjemahkan karya RAM ke bentuk visual tidak patut mengambil ringan atau meremehkan soal adaptasi. Melibatkan atau tidak melibatkan RAM. Jika ingin mengkuliah kami mengenai jenis-jenis adaptasi dan mengenai teori perfileman di dunia ini, apakata kita kecilkan skop anda di peringkat negara dulu. Apa pun produk, ketahui pasaran dan sasaran anda. Sokongan bukan untuk dibeli tapi untuh diraih. Walaupun ketika ini ramai mengatakan pepatah Inggeris ini salah tapi ia tidak pernah tidak benar dalam pelbagai situasi, peganglah jika ia dipersembahkan kepada kami - ‘customer always right’.


Sekian, Selamat Tahun Baru 2018!

oleh ELLE SYEILA - Ketua Eksekutif RAMbassador

Share:

0 Ulasan

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin