Lepasan Kelara : LONTARAN SUNAN NAN SAKTI




IOI Mall Puchong-19.09.15, telah berlangsung Lepasan Kelara Lontaran Sunan Nan Sakti bersempena dengan ulangtahun ke-Lapan Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC) dan juga meraikan Siri ke-Lapan, Sunan ~ Cinta Nan Sakti yang bakal terbit tidak lama lagi.( Bila??...Tunggu).

Sambutan yang diberikan sangat diluar jangkaan dan yang  amat mengejutkan pihak kami kerana rata-rata RAMians yang menyertai pertandingan ini bukan calang-calang peserta.

Sebanyak tujuh kumpulan telah bekerja keras untuk memastikan gelaran juara menjadi milik mereka.Berikut senarai kumpulan-kumpulan yang menyertai pertandingan ini:




1)    Sunan Strike

2)    Sunan The Great


3)    Polip Da Divas


4)    Manggala Mengganas


5)    Tao Aii


6)    Turkey Nan Sakti


7)    Split Ratna


Pertandingan yang bermula jam 11.00 pagi dan berakhir sekitar 1.15 petang, akhirnya menobatkan Kumpulan Sunan Strike sebagai Juara dengan jatuhan pin sebanyak 977, Naib Juara dimenangi oleh Kumpulan Sunan The Great dengan jatuhan pin sebanyak 959 dan tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan Polip Da Divas dengan jatuhan pin sebanyak 958.

 Johan Berkumpulan

Naib Johan Berkumpulan

Ketiga Berkumpulan


Manakala untuk kategori jatuhan pin terbanyak individu, menobatkan Encik Sharifuddin sebagai juara dengan jatuhan pin sebanyak 314, naib juara Encik Kimi dengan jatuhan pin 310 dan tempat ketiga Cik Ezzaidah dengan jatuhan pin 265.

Johan Individu

Naib Johan Individu

Ketiga Individu


Aktiviti ini diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Ramlee Awang Murshid sekeluarga yang turut serta bermain dan wakil dari Grup Buku karangkraf, Tuan Raja Shahfaizal selaku Pengurus Besar Brand Comm dan Encik Mohd Arif.

Tn Raja Shahfaizal sedang berucap


Penyerahan cenderahati kepada Tn Raja Shahfaizal daripada Kelab RAM


Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan aktiviti ini dan jutaan terima kasih kepada pihak Karangkraf yang telah menyumbang beg cenderahati (novel dan majalah) untuk semua peserta dan juga baucer buku untuk pemenang berkumpulan. Buat RAMians yang mahu mendapatkan buku-buku keluaran Grup Buku Karangkraf bolehlah melayari laman sesawang mall.karangkraf.com.

Terima kasih juga kepada Puan Nor Mazlina dari Preciousdeliverybyus atas sumbangan hamper coklat untuk hadiah kategori individu jatuhan pin terbanyak. RAMians di sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur yang mahu mendapatkan perkhidmatan penghantaran bunga dan coklat bolehlah menghubungi Puan Mazlina di Facebook Sempoii Morrok ataupun di Instagram Preciousdeliverybyus.



Sebahagian gambar ketika aktiviti berlangsung. Pelbagai ragam dan gaya dapat dilihat.

























( Kredit gambar : Cikgu Noni)


( Kredit gambar : Tn RJ)


Kami di RAMFC ingin memohon maaf jika ada kekurangan sepanjang aktiviti ini berlangsung dan semoga kita berjumpa lagi di aktiviti yang lain.


Sekian, terima kasih.



Laporan Oleh : Haslinda Zain
Penyelaras Aktiviti: Haslinda Zain
                                 Noni Zainuddin
                                 Siti Zadatun Naziah Ramli

Emcee   : Noni Zainuddin
Gambar : Suhailah Onn
                           


Share:

3 Ulasan

  1. Boleh saya tahu sudah berapa jumlah novel yang ditulis oleh RAM kesemuanya? Saya hanya ada koleksi sampai yg ke 23 iaitu Sunan Nanggroe Sang Kembara. Terima kasih.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum..saya antara salah seorang peminat tegar novelis RAM..bole sy tahu bgaimana cara untuk mndaftar sebagai ahli kelab RAM ni?

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum.. first, saya harap,SUNAN MUSAFIR bukan novel penutup untuk Sunan since RAM tak perincikan tentang puak harimau jadi-jadian dan puak pemburu yang tergantung dalam cerita SUNAN MUSAFIR. Then, what about Negeri Kayangan Bumi?? What about Andika himself?? Ada beberapa persoalan yang (dibiarkan) tergantung. Adakah itu bermaksud RAM nak sambung lagi SM?? Saya tak nak Sunan habis... macam tak boleh terimalah pulak.. ++'.. However.. the beginning untuk Sunan, Nanggroe sang Kembara tu pun best.. tak sbar nak tunggu Cinta Nan Sakti untuk keluar.. Sampai mengalir air mata saya baca NSK.. sedih time Sunan kena hukum and fitnah.. huhu.. okey,, that's all. thanks..

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin