Jom Borak Buku Bersama RAM di Coffee Bean, KL Sentral – 20/10/13|AHAD|2.00pm

Poster

Ramlee Awang Murshid, novelis fiksyen dan thriller akan berkongsi cerita tentang buku pilihan beliau di meja Borak Buku bulan ini.

Buku pilihan: Resepi Dari Kubur oleh Ahadiat Akashah (sinopsis)
Tarikh: 20 Oktober 2013 (Ahad)
Masa: Bermula jam 3 petang
Tempat: Coffee Bean, KL Sentral (PETA)

Seperti biasa, acara ini terbuka dan percuma kepada sesiapa saja yang berminat.

Borak Buku adalah acara santai yang membuka ruang kepada khalayak pembaca untuk mendekati tokoh jemputan dan buku pilihan beliau. Kita hanya borak-borak tentang buku sambil minum kopi. Terbuka dan percuma kepada semua lapisan pembaca.

Anjuran bersama Biro Penulis Muda PENA, ITBM, DBP Wilayah Tengah dan Alumni MPR. Dengan kerjasama erat Kelab Peminat Novelis Ramlee Awang Murshid (RAMFC).

Mohon untuk mengesahkan kehadiran melalui event url ini.
https://www.facebook.com/events/1421078381437932/

Tips Perjalanan

Ada sesiapa nak tahu cara ke KL Sentral mengunakan pengangkutan awam, sila klik link berikut http://www.myrapid.com.my/bus/map atau link berikut http://www.stesensentral.com/contact_location.php

Untuk yang berkenderaan sendiri, anda juga dinasihatkan untuk memparkir kereta di Sooka Sentral. Caj parkir adalah RM4/sekali masuk.

Share:

0 Ulasan

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin