Baca@RAM - ‘Dari Hanya Igauan Menjadi Sebuah Cerita’

 

baca@lrt

Baca@LRT kembali mengegarkan Transit Aliran Ringan di Kuala Lumpur dengan gerakan ala gerila tapi tetap natural. Kali ini dengan dikepalai oleh Tim Ramlee Awang Murshid Fan Club dan tentu sahaja dengan kehadiran Tuan Ramlee sendiri.

RAMFC akan meraikan karya ke-25 Ramlee Awang Murshid ‘Aku Bercerita’ dalam gaya Baca@ ala RAMFC pada:

Tarikh: 19 Januari 2013
Hari : Sabtu
Masa: 10.00 pagi.
Lokasi: Stesyen LRT Gombak
Tema: Novel Ramlee Awang Murshid.

Jom sertai kami dan dapatkan novel ‘Aku Bercerita’ yang sudah berada di pasaran sekarang!

TENTATIF:
10.00 pagi - berkumpul stesen masing-masing. Kenali, tegur dan ikut ejen BACA@LRT di stesen anda.

Untuk makluman, Tuan dan puan juga boleh membentuk gerakan di stesyen lain. Sila hubungi kami seperti tertera dibawah untuk lokasi stesyen grup anda.

10.30 pagi - Kumpulan Terminal Putra akan mula bergerak dari stesen. Ejen dalam tren akan sms ejen di setiap stesen sebelum tren dari Terminal Putra tiba di stesen berikutnya.

11.30 pagi - Tiba di Stesen Kelana Jaya. Sesi mengambil gambar kenangan.

12.00 tghari – Naik semula tren untuk ke LRT Taman Jaya dan berkumpul sebuah taman berhampiran stesyen yang juga bernama 'Taman Jaya' untuk Sesi Tandatangan bersama Tuan Ramlee Awang Murshid dan juga sesi sampingan perkongsian pengalaman dan ramah mesra anjuran RAMFC.

Dijangka bersurai jam 2.30 petang.

------
Nota: Tidak ada taklimat rasmi di stesyen sebelum acara bermula. Pergerakan dan acara adalah santai.
------

Garis Panduan Baca@LRT versi RAMFC

Metod yang digunakan, kita mula membaca buku selepas lima minit berada dalam LRT secara berperingkat bagi mencipta keadaan natural. Bermula di stesyen gombak sehinga ke stesyen lrt kelana jaya dan naik semula untuk ke stesyen LRT Taman Jaya untuk sesi khas di sebuah taman berhampiran stesyen.

1. Mohon anda semua yang akan menyertai kempen ini mengklikkan kehadiran di laman acara di url berikut:

https://www.facebook.com/events/130396280455375/131780963650240/?ref=notif&notif_t=plan_mall_activity

ini untuk tujuan pemberian ‘buah tangan’ bila berkumpul di  Taman Jaya nanti.

2. Anda RAMians dan para pengerak baca@lrt digalakkan membaca buku Karya Ramlee Awang Murshid tapi anda juga boleh membaca karya ‘thriller’ lain sempena tema baca@lrt kali ini.

3. RAMians dan Pengerak Baca@LRT digalakkan memakai tshirt RAMFC, kepada tiada Tshirt RAMFC, anda dimata memakai pakaian berwarna hitam.

4. RAMians & Pengerak Baca@LRT diminta berkumpul di stesyen Gombak seawal jam 10.00 pagi. Dimana kita menaiki tren pada pukul 10.30 pagi menuju ke stesyen LRT Kelana Jaya.

5. Beli tiket ke stesyen LRT Taman Jaya.

6. Tempat berkumpul adalah di platform LRT Gombak. Ingat di platform!

7. Anda akan temui EJEN RAMFC yang memakai tshirt biru di platform tersebut. Kita boleh berkenal-kenalan dahulu sambil menunggu tren yang dijangka tiba pada 10.30 pagi.

8. Sila lihat dan ikut EJEN RAMFC dan ejen-ejen dari stesyen yang lain untuk melihat tren yang mana perlu anda naiki.

9. Masuk tren dan ambil posisi masing-masing & baca buku anda sehingga ke stesyen LRT Kelana Jaya.

10. Di LRT Kelana Jaya, kita akan berkumpul untuk sesi bergambar.

11. Selepas itu kita akan menaiki semula tren untuk ke stesyen Taman Jaya dan bergerak ke sebuah taman yang juga dipanggil Taman Jaya untuk satu slot khas meraikan karya ke-25 Ramlee Awang Murshid berjudul aku bercerita.

12. Di Taman Jaya, pelbagai acara diaturkan termasuk acara utama iaitu sesi tandatangan bersama Ramlee Awang Murshid.

13. Makanan ringan disediakan, jika ada yang sudi menambah menu kami amatlah dihargai.

Soalan Dijangka

  1. Bolehkah kami buku baca dari penulis lain?
    Kami amat galakkan novel Ramlee Awang Murshid dibaca. Namun tiada paksaan. Bacalah bahan yang tuan-puan suka. 
  2. Saya tiada baju warna hitam?
    Jika mahu sertai, boleh saja warna lain.
  3. Saya nak beli tiket ke stesyen rumah saya.
    Dipersilakan. Kita jumpa sampai di Kelana Jaya sahaja.
  4. Saya naik komuter, monorail dan LRT Aliran lain?
    Boleh transit di KL Sentral, Masjid Jamek untuk naik LRT Aliran Gombak.
  5. Saya boleh berjumpa dengan Ramlee Awang Murshid?
    Insyaalah, beliau akan hadir pada hari tersebut.
  6. Boleh dapatkan tandatangan beliau?
    Sesi tandatangan akan diadakan di Taman Jaya.
  7. Sesi tandatangan diadakan di mana?
    Sesi tandatangan hanya berlangsung di sebuah taman bernama Taman Jaya (bukan hanya nama sebuah stesyen) bukan dalam tren atau premis RapidKl
    Baca@LRT kali ini lebih trill dengan kehadiran Tuan Ramlee Awang Murshid.

Gerakan ala gerila dengan dikuasakan oleh Ramlee Awang Murshid Fan Club dengan kerjasama rakan-rakan dari baca@lrt sendiri. Mari kita hangatkan tren LRT pada 19 Januari 2013 dengan bacaan penuh misteri, suspen dan aksi! RAMians masa untuk mengegarkan...

Digerakkan oleh:
Ketua Gerakan - Cik Puan Ezzaidah Yusof
Bahagian Info - Cik Haslinda Zain
En Fadzli Jamaludin.

Segala pertanyaan/penajaan boleh diajukan di mesej Fanpages RAMFC dihttps://www.facebook.com/RAMFC atau pun emelkan di admin.ramfc@gmail.com atau pm host-host acara di facebook. Kami sedia menjawab pertanyaan dan soalan anda.

Share:

2 Ulasan

  1. bestnye
    sedih xdpt ikut

    BalasPadam
  2. bestnye
    sedih xdpt ikut

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin