31 Disember 2012

RAMFC SEPANJANG 2012

Selamat Tinggal 2012

MITC MelakaDalam kita mengira jam ke tahun baru, kami ingin membawa anda mengimbau sepanjang 2012 yang dikenali di RAMFC sebagai tahun 5 Tahun 25 Novel. Ini kerana tahun ini kami menyambut tahun ke lima dan menyambut novel ke 25 penulis yang sentiasa diraikan di dalam kelab ini iaitu Tuan Ramlee Awang Murshid.

Kami mulakan tahun ini dengan Temu Mesra penulis di Mitc Melaka, Miu Syafika telah menjadi wakil kami disana ketika Abang Ramlee turun padang bertemu peminat di Melaka pada awal Januari 2012.

 

Karnival Penulis Karangkraf

Kemudian, Hardcore RAMFC telah mengegarkan Karnival Karangkraf yang berlangsung di Kompleks Media Karangkraf di Shah Alam selama tiga hari. Kami telah menyiapkan booth penulis untuk Tuan Ramlee Awang Murshid dengan tema Penjara Mandatori 302. Booth tersebut telah mendapat sambutan hangat. 

 

Terminal One Seremban

Setelah hampir 4 Tahun, MT RAMFC sejak ditubuh telah sebulat suara menyerahkan kerusi masing-masing kepada pengurusan baru kelab. Mereka telah meledani acara-acara kelab seterusnya pada tahun 2012. Presiden kedua RAMFC, Puan Noorhafiza Izura telah mengumpulkan anak-anak buah beliau untuk turun padang pertama kali di sesi temu mesra Ramlee Awang Murshid di Terminal Seremban pada minggu pertama selepas perlantikan dibuat.

 

MTRAMC melawat Karangkraf

Bagi meneruskan kerjasama dengan pihak Grup Buku Karangkraf, MT RAMFC telah membuat lawatan rasmi ke Pusat Media Karangkraf yang terletak di Shah Alam buat julung-julung kalinya.

Program berjalan selepas itu adalah seperti tertera dalam gambar-gambar di bawah.

 

Gambar dari kiri ke kanan:

1. Car Booth Sales di Perpustakkan Kuala Lumpur – berjaya melelong Sunan Musafir sehingga cecah RM150.00 untuk akaun kelab.

2. Sesi Temu Mesra di Berjaya Time Square

3. Sesi Temu Mesra dan Perkongsian Ilmu sempena Pesta Buku Selangor

Keranda Mandatori Temu Mesra @Times Square Pesta Buku Selangor

Dari Kiri ke Kanan:

1. Sesi Temu Mesra di Koleh Uniti, Negeri Sembilan

2. Sesi Temu Mesra di Sungai Petani, Kedah

3.Perkongsian Ilmu di UPSI, Tangjung Malim, Perak.

4. Sesi Temu Mesra sempena Jualan Gudang Karangkraf

5.Barbeque di Port Dickson.

6. Perkongsian ilmu di UPM, Selangor

7.Sambutan Ulantahun Kelahiran Ramlee Awang Murshid di kediaman beliau.

8.Terlibat dalam Program Pop Fest di Perpustakaan Kuala Lumpur.

Karnival UnitiSesi Temu Mesra @ SP 545355_4694767809896_1340054743_n Jualan Gudang karangkraf

 PDUPM Ulangtahun Abg RAMPop Fest

 

Sunan Musafir Que Tahun ini juga, Ramlee Awang Murshid telah mencipta fenomena tersendiri kerana berjaya menarik perhatian ramai peminat beliau untuk mendapatkan Episod Terakhir Sunan Musafir Edisi Kulit Keras pada hari pertama novel itu dipasarkan. Sejarah disaksikan oleh para MT & Hardcore RAMFC sendiri dimana RAMians sanggup menunggu pintu dewan dibuka dimana jualan novel karangkraf diadakan sempena Pesta Buku Antarabangsa 2012. Selain terpaksa menunggu sehingga novel sampai ke PWTC dari van karangkraf, para RAMians meneruskan penantian mereka dengan beratur panjang di hadapan kaunter khas untuk pembelian Sunan Musafir ketika itu. Sesuatu yang jarang berlaku dalam industri buku negara.

 

Soft Lunch Sunan Musafir

  MT & Hardcore berkumpul di PWTC sepanjang hujung minggu di Pesta Buku Antarabangsa 2012 bagi membantu urusan tandatangan antara peminat dan Tuan Ramlee. Ini adalah tradisi RAMFC sejak ditubuhkan 5 tahun yang lalu. Kami juga terlibat dalam acara perasmian Novel Sunan Musafir dan telah bertanggungjawab dalam gimik pelancaran pada ketika itu.

 

Bagi meraikan tahun ke-5 penubuhan RAMFC, kami telah menganjurkan LEPASAN KELARA iaitu akronim bagi Lepak Santai Kelab RAM di NZ Wangsa Maju. Acara mendapat sambut hangat dari RAMians sekitar lembah klang.

Lepasan Kelara

 

SailangBagi meraikan tahun ke-5 juga, RAMFC telah menerbitkan sendiri sebuah buku ‘cross-over’ berdasarkan karya Ramlee Awang Murshid berjudul Sailang yang mengumpulkan karya-karya dari peminat Tuan Ramlee sendiri.

Diterbitkan hanya 100 buah sahaja. Telah habis dijual dalam masa sebulan secara maya dan ketika di Pop Fest yang lalu.

Selain itu, RAMFC terus mengeluarkan cenderahtai khas seperti Tshirt Sunan Musafir, Lencana, Topi dan pelbagai cenderahati bagi turut meraikan karya Ramlee Awang Murshid selain salah satu sumber untuk menyokong perjalanan kelab.

 

Buat pertama kali juga, RAMFC telah membuat satu persembahan juga sempena POP Fest iaitu intrepretasi karya Tuan Ramlee yang terdiri dari persembahan lagu dari novel Bagaikan Puteri berjudul Novela Cinta & Beautiful Maria, deklamasi sajak dan juga bacaan fragmen.

398817_10150701253802314_1408780887_n (1) Sepanjang tahun 2012 ini juga, RAMFC telah mula mendapat tempat dalam media dan juga platform atas nama Ramlee Awang Murshid Fan Club. Kami berbangga kerana berjaya meletakkan kelab sebagai kelab peminat banyak memberi pengaruh dalam dunia pembacaan masa kini. Antara menjadi ‘highlight’ apabila Presiden RAMFC dijemput dalam forum ‘Gerakan Bawah Tanah’ untuk menghuraikan perjalanan RAMFC bergerak sendiri tanpa dipayungi oleh mana-mana badan atau organisasi yang bermotifkan keuntungan. Sejujurnya kelab ini ditubuhkan dan digerakkan oleh peminat untuk peminat.

 

Pemenang I-Akram 2012 Selain mengatur program-program bertemu peminat, kami juga mengalakkan perkongsian bakat dalam kelab ini. Buat julung kali kami telah mengadakan Pameran Maya Illustrasi Karya Ramlee Awang Murshid (I-AKRAM) dimana illustrasi yang mendapat klik suka tertinggi di laman Fanpages RAMFC akan menjadi Penerima Anugerah Pertama I-AKRAM 2012. Penerima Anugerah piala replika keris nanggaroe itu ialah Saudara Khaled Azemi.

 

616436_4389322659087_1177324830_o  Alhamdulilah, kami tidak lupa menyumbangkan sedikit kepada masyarakat dengan mengadakan program ‘Satu Janji Satu Senyuman’ dimana kami berjaya mengumpul baju-baju raya untuk anak-anak di Rumah Anak-Anakku Sayang Ar Rayyan, Negeri Sembilan. Insyaallah, program-program yang baik akan diteruskan lagi pada masa hadapan.

 

Tuan Ramlee terus menjadi perhatian dunia buku dan cerita beliau sering tersiar dalam akhbar dan majalah tempatan. RAMFC juga turut menjadi perhatian kini. Kami paparkan antara keratan akhbar menyiarkan berita mengenai Tuan Ramlee dan RAMFC.

420552_10151062241657314_32572524_n 73257_10151133523772314_653349690_n

54330_10151258568819679_801244663_o 526743_566202776728580_590988452_n

548630_10151062269442314_1607535386_n 35447_10151082842912314_555854567_n

Kami di RAMFC atas sokongan rakan-rakan kepada pihak MT terutamanya sepanjang tahun 2012. Ucapan setinggi terima kasih kepada Tuan Ramlee Awang Murshid, Puan Dayang Aminah(Isteri) dan Tuan Muda Aizuddin(Anak) yang sudi melayan keranah dan permintaan kami, tidak lupa kepada Grup Buku Karangkraf, En Norden & En Abid. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada telah memberi penajaan kepada kelab kami sama ada dilaman atau di acara-acara kami anjurkan. Tidak dilupakan pengorbanan tenaga hardcore-hardcore RAMFC selama 5 tahun penubuhan RAMFC dari Utara sampai ke Sabah. Kami mengucapkan setinggi terima kasih. Hanya Allah sahaja dapat membalasnya.

Insyaallah tahun 2013 kami akan terus mengaturkan program-program menarik untuk kita beramah mesra sesama kita dan terutamanya dengan Tuan Ramlee Awang Murshid. Berjumpa kita di tahun yang baru dengan novel ke-25 ~Aku Bercerita.

1 comments:

ELeEa berkata...

sailang tu tidak mahu diterbitkan lagi kah? =)

Kongsi berita ini dengan rakan-rakan anda.

Blog Widget by LinkWithin
 

Rekaan |BudakhutaN |untuk | BLOG Kelab Peminat Novelis : Ramlee Awang Murshid

Kembali Ke Atas