13 Mei 2012

Novel Sunan Musafir – Di Pasaran Penghujung Mei

Salam hormat,

Kepada mereka yang telah mendapat novel ini di Pesta Buku Antarabangsa yang lalu dengan cetakan yang terhad, kami di RAMFC mengucapkan selamat membaca. Kepada tidak berpeluang ke sana, anda perlu menunggu lagi.

Novel ini hanya akan mula memasuki pasaran seluruh Malaysia pada penghujung Mei ini. Apakah Episod Terakhir ini bakal mengundang air mata atau ria gembira? Sama-sama kita baca pengakhirannya hingga ke muka surat yang terakhir.

Cover

      Sinopsis

Allah menciptakan cinta, justeru cinta perlu dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas dari belenggu cinta.

Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin serta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah.

Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, adakah benar Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan?

Pada tahun 1531 – Saifudin yang telah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka. Dia mengisi harituanya dengan menghambakan diri kepada Allah dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa.Berjayakah Saifudin menewaskan mereka?

RAMLEE AWANG MURSHID dalam karya terkini, SUNAN MUSAFIR, lebih banyak bermain dengan ‘ruang dan waktu’. Lebih menitiberatkan ‘cinta dan air mata’. Mengutamakan ‘perjuangan dan kesabaran’. Yakinilah…pada ketika diri merasakan tidak mempunyai sesiapa, ALLAH itu mencukupi segala-galanya.

Untuk makluman semua, novel ini masih belum berada di pasaran seluruh Malaysia. Hanya cetakan terhad telah dibuat oleh penerbit khas untuk Pesta Buku Antarabangsa yang lalu. Jadi kepada tidak berpeluang ke PBAKL atau kecewa kerana tidak sempat menyambarnya pada Pesta Buku yang lalu, tempahan novel ini masih boleh dibuat melalui RAMFC. Anda boleh melakukan tempahan melalui link berikut  http://www.kelabram.com/2010/03/pesanan-buku-ram-di-ramfc.html

Namun harus diingatkan, anda masih perlu menunggu sehingga penhujung Mei nanti untuk menerima pesanan novel anda nanti.  Untuk maklumana anda sekali lagi, novel ini akan memasuki pasaran seluruh negara pada penghujung Mei ini. Harap maklum.

Kami di RAMFC mengucapkan selamat mengembara bersama Laksamana Sunan. Salam Sunan Musafir…

13 comments:

caHayA pembUkaAn haTikU berkata...

kalo buat tempahan boleh dpt tandatangan RAM ker???

Tanpa Nama berkata...

ermmm nape lame sgt nk tunggu nie?? x sabar da nie.. ermm mati ke sunan die episod last ni??? oh x nk!!!

hijaudaun berkata...

salam, ni dah hujung bulan mei. buku ni dah keluar ke belum kat kedai? harap dapat hebah2 kan k.thanx

ismaelzaharee berkata...

Telah memiliki sunan musafir. Pengakiran yang lebih kepada sunan sbg manusia biasa. Dan sy memiliki kelima-lima novel terdahulu.

SumBody Me.. berkata...

ismaelzaharee : 5??Sunan Musafir ni sepatutnya dah buku yang ke-6 kan..ada ter'miss' mana2 buku ke ni..

Tanpa Nama berkata...

Saya dlm proses membaca... Kalau x de slua memang x faham

Nieza Tran berkata...

ending macam tergantung jerkk..

azri berkata...

tergantung?? sy belum baca karya terbaru dr RAM ni..tp sy suke kalau kadang kala biar ianya 'tergantung' untuk kite berfikir n membuat andaian guna akal sendiri akan pengakhiran cerita tersebut. pengakhiran tergantung bole buat kite berfikir..bkn kah bagus begitu??

Miss Sha berkata...

Baru dapat buku ni harini..tak sabar nak baca :)

Tanpa Nama berkata...

Tersangat meminati karya abg ramlee. Tp xberkesempatan utk menemu bual beliau dan ingin berkongsi bnyk pekara bersama beliau. Harapan sy semoga episod terakhir siri laksmana sunan ni akan menyentuh perasaan para peminat dan pembaca yg budiman. Ikhlas drp hijab sang pencinta

hyo-sonn berkata...

sy dh habis baca kesemuanya...
jalan cerita yg sgt menarik...
terima kasih kpd RAM kerana menyajikan sebuah karya yang sgt memuaskan...
cuma sy tertunggu-tunggu pengakhiran kisah cinta haryani... :)

Paina berkata...

Saya dah leleh dah masa Sunan berehat dan Ratna cakap something (lupa dia cakap apa) dan Andika rasa semacam kat bapak dia tu....huhu.mujur watak Sunan tak dimatikan hujung tu.Alhamdulillah

nuraru berkata...

nak lagi kisah psl sunan musafir :(... ending dia cam tergantung, sebak di hati... stiap permulaan tu ada pengakhiran nya... mati itu pasti, hidup itu insyaAllah.. begitu byk sudah cabaran sunan, andika pula? :)

Kongsi berita ini dengan rakan-rakan anda.

Blog Widget by LinkWithin
 

Rekaan |BudakhutaN |untuk | BLOG Kelab Peminat Novelis : Ramlee Awang Murshid

Kembali Ke Atas