14 Ogos 2010

Adakah anda yang kami cari?

Salam semua,

Inikah berita yang anda tunggu-tunggu? Sebuah produksi tempatan sedang mencari beberapa orang penting di belakang tabir yang terdiri dari ahli RAMFC untuk menhasilkan filem Tombiruo. Apa yang anda perlu lakukan ialah menghantar kepada kami salah satu kerja seni di bawah :-

1. Lakaran wajah dan fizikal tombiruo

2. Pelukis Storyboard

3. Grafik Design (Rekaan poster dan lain-lain yang berkenaan )

4. Pereka dan Pengendali laman web filem

5. Still photo

bersama-sama dengan profil anda dalam bentuk ‘softcopy’ & ‘hardcopy’ ke alamat berikut:

RAMFC

d/a Lot 15/901

Kampung Pasir Dalam,

58200 Kuala Lumpur

atau BOLEH EMAILKAN juga ke admin.ramfc@gmail.com dengan tajuk ‘profil tombiruo’. Tarikh tutup menghantar penyertaan di atas adalah pada 15 Oktober 2010. Mereka yang terpilih akan terlibat dalam pembikinan filem Tombiruo nanti.

Nota

  1. Pemilihan akan dilakukan oleh Produksi bakal menghasilkan filem terbabit dengan bantuan Saudara Ramlee Awang Mursid
  2. Mereka yang terpilih akan ditawarkan kerja secara kontrak untuk team' TOMBIRUO The movie" (gaji akan dirundingkan sebelum kontrak diterima)
  3. Untuk lakaran fizikal/wajah Tombiruo,Saguhati dalam bentuk wang tunai akan diberikan pada lakaran yang terpilih

22 ulasan:

Wawa Zolkepli berkata...

wawa nak jd pelakonnyer leyh?
ahahaha!
eyh,x..siyes ney..
leyh?

Tanpa Nama berkata...

nk join tp sy duk sabah..jauh ar..huhu..nk hntr hard copy ssh tu..huhu..

~Nur Zulaiha~ berkata...

terlibat sepenuh masa ???

emmm,,, mcm mne dgan org yg bkerja tow bljar???

nk join la~~~~~~~

*cilipadi=hafizah* berkata...

ha..dak skola leh join x?

hans berkata...

saya nak jadi talent?
leh?
hehehe

P/S : Header Baru H.P.B Blog

miszTERRA_SF_ berkata...

siyes cte neh nk wt filem?? x sabar!!! t amik sy blakon eh.. watak kecik pon x pe asl da kenangan ng cte yg bez neh

t wat cte laksamana sunan lak eh.. hatiku di harajuku ke.. ADAM ke :)

BuDakHutaN berkata...

Ahaks ~_^ pasti menarik ni kan. nak gak tengok adaptasi Tombiruo ni ke layar besar.. pasti siuk. Jangan jak kena buat cam Tarzan dah la... hehehe

achik berkata...

sejak pertama kali membaca novel ini..mmg aku tertunggu2 ianya diadaptasi menjadi sebuah filem..kalau di buat trilogi filem..itu terbaek..!!

ZiNnErA berkata...

Sangat2 gembira dengar berita nie. Akhirnya ada juga produser yang buka mata kepada karya tempatan yg berkualiti untuk dijadikan filem. Kalaulah saya diberi peluang untuk turut serta sebagai screenwriter atau menyumbang apa2 utk filem nie, tentu suatu penghargaan besar =)

faizul darius berkata...

khabir bakhtiar ke yang mengarah?

faizul darius berkata...

Khabir Bakhtiar ke yang mengarah

::AttOkz Dikulgai:: berkata...

Salam RAMians,
Pihak RAMFC faham dan mengerti akan rasa keterujaan anda. Tapi buat masa ini, kami mencari mereka yang berbakat seperti yang diuar-uarkan terlebih dahulu. Manakala talent/pelakon akan diadakan screen test/casting apabila tiba masanya kelak.
Harap maklum.

* Remy, apalagi hntr la sketching ataupun, senang terus buat poster/grafik tu. :P

*Faizul, bukan Khabir Bhatiar...wlpn sesungguhnya pernah dia bertanya dan melamar karya Abg RAM. :P

* Nur Zulaiha, bergantung pada keadaan dan keperluan.

Tanpa Nama berkata...

salam...
jgn wat lakaran ejim tu jd antu udah la ye. biar le lakaran dia jd tombirou ensem gitu...


dariku,
oktober 2010

xairiey berkata...

Kalau antar salah satu yang dikehendaki diatas bleh ke?? saye cuba la nak lukis sikit2. bab grafik tu susah sikit kot sebab saye x belajar lagi..Setuju ngan achik. Aku baca cerita ni macam tgk wayang je.. terbayang didepan mata.Alangkah best cerita ni difilem kan.

xairiey berkata...

kalau lukis je leh x?
x pandai la nak grafik2 ni.

faizul darius berkata...

bukan khabir bakhtiar ke? hurm apa kata bagi khabir bakhtiar arahkan Rahsia perindu.

SitiNur berkata...

Selamat maju jaya!! Moga filem sehebat novelnya. :)

Muhammad Zaidan berkata...

kenape bkn Khabir Bakhtiar ???? best pe dia wat cita

fyena berkata...

wah.........lma x msuk blog ni...
excited nih dgr nk ada movie tombiruo....
lau nk jd director leh x.....
muahahahahaha.....nk lukis2 ni x reti r....wat storyboard pun cincai je.....

tp excited nih...hope sape2 dr ramfc leh r tunjuk bakat terpendam.....

Tanpa Nama berkata...

nak buat filem??!
it must be interesting!!
x sabar nk tgk..hope x deviate from d true story, lyke some novel-based movie.congrates! =)

emm berkata...

sy mcm berminat..cuma nk tau produksi mne..mne tau kalo der rezeki.. sy nk join..

Diba Chan berkata...

nak join! nak join!

tak hantar hard copy boleh ?

Blog Widget by LinkWithin
 

Rekaan |BudakhutaN |untuk | BLOG Kelab Peminat Novelis : Ramlee Awang Murshid

Kembali Ke Atas