Peluang bertemu RAM di Center Point, Sabah (26 & 27 Jun 2010) & ‘ Gerakan Membaca Perdana’ di Tasik Shah Alam, Selangor (26 Jun 2010)

 

TERKINI - RAMLEE AWANG MURSHID akan memberi ceramah di Dewan Bahasa & Pustaka, Cawangan Sabah pada 26 Jun 2010 pada pukul 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. 50 orang penulis Sabah dijangka hadir. Maklumat lanjut sila hubungi DBP.

Seperti yang diwar-warkan di laman peminat RAMFC di Facebook, pada 26 & 27 Jun 2010, pada Sabtu & Ahad, Ramlee Awang Murshid bersama-sama  Ayu Emelda akan berada di kedai buku Popular Centre Point, Sabah untuk sesi autograph bersama-sama peminat di sana. Dapatkan buku terbaru Ramlee Awang Murshid ‘Cinta Sufi’ dan dapatkan tandatangan dan cop rasmi RAMFC sebagai tanda kenangan. Sukarelawan RAMFC yang bakal memakai tag RAMFC akan berada bersama RAM pada hari tersebut untuk menjayakan sesi ini. Jumpa orang-orang Sabah pada 26 & 27 Jun di Sabah nanti. Masa untuk sesi autograph ini akan di kemaskini dari masa ke semasa.

TERKINI 24 JUN 2010 – Masa untuk acara di atas adalah dari 11.00 pagi hingga 5.00 petang.

Wakil RAMFC bertugas :- Budak Hutan

GERAKAN MEMBACA PERDANA

fp-header_0\

Kepada tidak berpeluang ke Sabah pula, pada 26 Jun (Sabtu), satu ‘Gerakan Membaca Perdana’ akan diadakan sempena Pesta Buku Selangor di Taman Tasik Shah Alam. Gerakan ini akan dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor & Y.A.B Menteri Besar Selangor. Pendaftaran untuk layak mendapatkan sijil telah pun ditutup namun semua masih dijemput sama-sama berkumpul dan mencipta rekod bersama-sama.

Kami RAMians akan berkumpul bermula jam 8.30pagi di luar Restoran McDonalds di PKNS, Shah Alam dan bergerak ke sesi pendaftaran mulai jam 8.45pagi di tasik Shah Alam. Jadi cari kami AJK yang memakai tshirt RAMFC edisi ‘9 Nyawa’ dan kepada anda yang akan hadir  digalakkan membawa buku karya saudara Ramlee Awang Murshid untuk menandakan anda sebahagian dari kami. Mari sama-sama memupuk masyarakat yang membaca dimana-mana sambil kita menjalinkan ukhwah sesama kita. Jumpa anda di sana!

Klik untuk tentatif program GMP.

Wakil RAMFC bertugas :- ELLE – 0123069604

Emailkan sebarang pertanyaan untuk kedua-dua acara di admin.ramfc@gmail.com.

Share:

2 Ulasan

  1. ok...jumpa di sana:-)

    BalasPadam
  2. aku p..insyaALLAH
    tp aku ikut rombongn opis...heheh
    dan aku akn bawa buku cinta sufi RAM
    (^_^)

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin