02 Mac 2010

Cinta Sufi


Suatu ketika dahulu, ketika menoktahkan cerita Hijab Sang Pencinta, saya mengandaikan itulah pelengkap Trilogi Bagai Puteri (Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta), seperti mana saya noktahkan Trilogi TOMBIRUO. Namun apabila ramai yang membaca pengakhir novel Hijab Sang Pencinta, telah melahirkan rasa tidak puas hati. Seperti mana ketidakpuasan hati mereka pada Semangat Hutan, ketika saya matikan watak Amiruddin.

Saya terima SMS dan email yang menzahirkan kekecewaan mereka pada dua faktor – pertama: Saifudin dan Haryani tidak bersatu dan kedua: kenapa matikan watak Saifudin? Malah saya turut menerima email dari Perth Australia yang menyatakan rasa terkilan sangat pada pelengkap trilogi tersebut. Sebagai manusia, saya mula berfikir semula. Encik Norden (Pengurus Alaf21 waktu itu) menasihatkan saya – cukuplah untuk trilogi itu. Maknanya cerita itu kalau disambung agak dragging. Sebagai penulis saya merasa bersalah kerana menjadikan ending trilogi tersebut sebagai twist. Berikutan itu juga berulang kali saya menyatakan bahawa Saifudin atau Laksamana Sunan itu tidak mati cuma pengsan saja. Bila saya teliti pengakhir novel Hijab Sang Pencinta itu semula, memang benar Saifudin kelihatan seolah-olah ‘mati’.

Kemudian saya berusaha untuk meraih semangat untuk menjadikan Saifudin muncul semula dalam episod baru. Bagaimana pun tanpa kehadiran dua watak utama sebelum ini iaitu Dani dan Haryani. Maknanya trilogi ini berlanjutan lagi tetapi dalam new session. Pada tahun lalu, ketika mengikuti kursus ESQ di PWTC, saya meminta pada Encik Norden untuk membenarkan saya melanjutkan cerita tersebut. Encik Norden mengatakan – sememangnya ALLAH mahu kau sambung cerita itu. Ini disebabkan cerita itu sentiasa berlegar-legar dalam fikiran dan hati.

Akhirnya saya memulakan Cinta Sufi pada awal november tahun 2009. Hanya berehat selama seminggu sahaja selepas menyiapkan novel 9 Nyawa. Teguran dan kritikan dalam cakap-cakap menerusi SMS atau email mahu pun dalam blog, saya ambil iktibar. Saya diam dan berjenaka bukan bermakna saya tak endah. Saya ambil perhatian tetapi saya tak tunjuk cuma sesekali saja saya meluahkannya dalam blog kelab ram.

Maka fasa berjerih payah pun bermula. Pihak Alaf21 meminta saya menyiapkan untuk pesta buku 2010. Saya tak yakin dapat kejar dateline itu. Saya terus berdoa dan berdoa. Secara logik akal, semua itu tidak akan berlaku. Tetapi saya meminta kepada Yang Maha Tertinggi. Alhamdulilah...doa saya dikabulkan. Saya menghantarkan manuskrip Cinta Sufi dalam tiga peringkat. Peringkat pertama pada pertengahan bulan Januari. Peringkat kedua pada pertengahan bulan Februari dan pengakhirnya dapat ditamatkan pada 26 Februari lalu bersamaan hari Jumaat. Pada hari penghulu segala hari dan hari ulang tahun kelahiran Rasulullah saw. Segala puji bagi ALLAH.

Baiklah...Cinta Sufi sudah siap sepenuhnya dan dalam proses suntingan sekarang. Kalau tak ada aral...pesta buku ini adalah Cinta Sufi itu di pasaran. Sekarang tumpuan untuk screenplay Tombiruo pula. Lepas itu Rayyan Fantasi akan mula ditulis. Dalam Cinta Sufi, ada bab di Hulu Melaka yang agak sukar iaitu adegan peperangan. Selajur saya gunakan teknik lensa kamera dengan melakukan scene by scene.

Ada watak-watak sejarah yang saya fiksyenkan seperti Hang Tuah dan Hang Lekiu. Ada watak-watak mitos turut disertakan seperti Puteri Gunung Ledang dan Luna – golongan perempuan di kalangan bangsa Polip. Ada seorang kawan mencadangkan saya kembangkan bangsa Polip, maka dalam Cinta Sufi ia dirungkaikan. Begitu juga dengan siapa sebenarnya Taghut – sejarah ringkas kemunculannya.

Baiklah...mari saya ringkaskan cerita Cinta Sufi:-

Catalina merupakan seorang balu bangsawan Portugis yang kematian suami, belayar ke Tanah Melayu atas saranan Maryam – satu jelmaan berjubah dan berhijab putih yang ditemui apabila Catalina pengsan sahaja. Maryam berjanji akan membongkar satu rahsia besar tetapi pertemuannya mestilah di Hulu Melaka dan Catalina kena mencari seorang lelaki bertanduk dua untuk mengiringi perjalanannya ke Hulu Melaka. Ketika sampai ke Melaka, Portugis sedang menggempur Melaka dan Melaka dapat ditawan. Masa inilah Catalina menemui Saifudin yang pengsan di pantai Punggor. Lalu Laksamana Sunan itu dijadikan hamba sahaya kepada Catalina. Perjalanan ke Hulu menghadapi bermacam rintangan termasuk huru-hara yang dicetuskan Pangeran Garitno (jelmaan Taghut) dan Puteri Kober Gandring yang hampir putus nyawa dikerjakan Saifudin dalam Hijab Sang Pencinta. Anak keponakan Taming Sari hulubalang terbilang Majapahit itu dibangkitkan semula dalam jelmaan pontianak.

Saifudin pula kehilangan kudrat kerana mengalami proses transformasi dari abad ke 21 yang telah memecahkan sel-sel dalaman. Luna pula muncul menagih kasih kepada Saifudin iaitu bangsa manusia pertama yang berjaya menambat hatinya. Begitu juga dengan Catalina yang lama-kelamaan menyenangi Saifudin kerana akhlak lelaki itu. Kesimpulannya – banyak nyawa terkorban dalam mengharungi perjalanan ke Hulu Melaka. Persoalannya – siapa Maryam bersama rahsia besarnya? Mengapa Saifudin digelar ‘lelaki bertanduk dua’? Apakah Taghut mampu dibunuh? Bagaimana dengan campur tangan Luna dalam peperangan antara sesama bangsa manusia? Apakah Saifudin berupaya bangkit menjadi Laksamana Sunan semula? Mengapa Taghut terlalu mendendami Saifudin? Siapakah yang mampu menjinakkan Puteri Gunung Ledang yang terkenal sakti itu? Dan...banyak lagilah.

Untuk anda semua...selamat bertemu dengan Laksamana Sunan sekali lagi dan ia tidak akan berakhir begitu sahaja. Seperti kata Saifudin – tiadalah ia diputuskan di dalam hati.

1 Mac 2010

03.43 petang/ Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Ramlee Awang Murshid

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

kiriman email RAM diterima dan dipaparkan eksklusif untuk warga KelabRAM

Artikel ini diperolehi secara eksklusif dari Ramlee Awang Murshid khas untuk RAMFC. Sebarang penerbitan semula artikel ini di mana-mana bentuk media mesti memberi kredit kepada Ramlee Awang Murshid & www.kelabram.com. Penerbitan tanpa kredit kepada pihak kami adalah dianggap sebagai plagiat.

66 comments:

BuDakHutaN berkata...

Wah ! Cinta Sufi... demi cinta sufi... mungkin aku akan ke pesta buku... ~_^

ikutdaymay... berkata...

fuhh..menarik sungguh!..x sabar rasanya nak menunggu Cinta Sufi berada dalam gengaman aku nih..

Shah Graphixer berkata...

xsabar2 bila la nak publish da tgu dari last year.. :D

manik kayangan berkata...

Harap2 bumi tombiruo menerima buku ni lebih cepat dari bumi yg lain

m4rilyn berkata...

my fav hero is back in action

m.q berkata...

akn direlease time pesta buku kah???
wahhhhhhh.....

Sabiah berkata...

cayalah! xsabar nk dptkan cinta sufi.jom kita terjah Pesta buku ramai2!

fecca berkata...

mestii... mesttiiii.... meessstttiiiiiiiiiii !!












((pasang niat~))

akimsensei berkata...

Fuh, ropenye dak utan yang mendapat tugas mantop ini.. hahah.. meremang kubaca nukilan abg ram ini.. tiadalah ia diputuskan di dalam hati ;)

Tuah Pengembara berkata...

best-best ....buku yang mesti kena dapat....

senandunghatiku.. berkata...

Tahniah..!! saya pasti akan mendapatkannya.Karya yang sungguh Hebat...membawa saya mengembara mancintai watak lelaki trlalu sempurna...ahh..rindunya saya!!

mr_bread berkata...

baca ringkasan pun boleh meremang bulu roma....haishhhhh~~~~tunggu di PBKL!!!!!!

Sirah@Cyrah berkata...

xsabarnya!!!mesti ada dlm koleksi...

kawat berduri berkata...

alhamdulillah.. rindu ku pada sunan terubat... hehehe...

Finie Ramos berkata...

Siapa luna? ada dlm mitos mcm hang tuah jg ka?? (google jap : LUNA..klu2 ada kluar..)

RAM mmg hebat!

LuVLYdOvE berkata...

wah, x sbr rasenye nk tggu novel Cinta Sufi.
mmg rase kecewa dgn ending trilogi yg lepas.
teruja sgt bile ade smbungan cerita nie
xsabar nk btemu lg dgn Saifudin @ Laksamana Sunan

SyuQ berkata...

x sabar nak tunggu
:-)

Tanpa Nama berkata...

tahniah buat RAM! =]

diela berkata...

rsa nk nangis bla sunan 'mati' but then btul2 nangis bla sunan 'hidup' smula...xsbr nk dptkan cinta sufi

akimsensei berkata...

dak utan, gambar cantik.. cayalah..

Zairie berkata...

Wow...sesuatu yang boleh mengujakan ni.. Kalau semua dah x sabar..aku lagi x sabar..

suhara-chan berkata...

sgt d tunggu2 sambungan trilogi bagaikan puteri

ڤنا مينڠ / PENA MINANG berkata...

IKLAN :

Tayangan Dokumentari Mahasiswa Indonesia

Dua buah dokumentari dari mahasiswa Indonesia yang bernaung di bawah Ikatan Pelajar Mahasiswa Kepulauan Riau-Yogyakarta (IPMKR-Y) Indonesia akan ditayangkan. Judul-judul dokumentari tersebut adalah -

Roda Di Bawah Kaki Singa

dan

Budaya Tak Terbatas


Tayangan akan disusuli dengan sesi soal jawab / diskusi


5 MAC 2010
8 MALAM
UiTM PUNCAK PERDANA

PECINTA PENGANGKUTAN AWAM : jika dari kuala lumpur, ambil bas U80 sehingga ke seksyen 2 Shah Alam. Kemudian ambil bas U605 ke Puncak Perdana. Bas pulang terakhir jam 10.30 malam.

Maklumat Lanjut Layari : http://skrinfilem.blogspot.com/

SyaNA saN berkata...

tahun nieyh tak dapat pergi pesta buku!! tengah jalani practical training kat kelantan!! sedihh.. nak buku tue!! tak sabar nak menyambung kasih dengan laksamana sunan..

Web Sutera berkata...

Ya Allah. Alhamdulillah. InsyaAllah, aku yakin ini sekuel terbaik untuk ke-3-3 novel Ramlee sebelum ini. Tahniah sdr Ramlee. Moga Allah kuatkan semangat saudara & terus berikan ilham untuk terus bekarya.

*cilipadi=hafizah* berkata...

YA Allah. betul3X rasa macam xdpat ku bertahan lagi untuk 'menggenggam' Laksamana Sunan!
PAk cik RAM, terima kasih ! rindu ku pada Sunan terubat..hehe..
mmg aye tak anggap Saifuddin mati pun. perh..kuat naluri ni..hehe..
ala! nanti aye kene pegi PLKN,..silap2 bawa buku tu masuk kem! tengoklah! heheh..

Tanpa Nama berkata...

hah....nak jgk buku ni nanti..agak2 bila ye novel ni terbit..xsabar2...

rahmahmokhtaruddin berkata...

CINTA SUFI! Nantikan saya di Pesta Buku!

fyena berkata...

wah....mesti dapatkan juga cinta sufi ni.....
insyaAllah klu dpt g jelah terjah pesta buku tu....
demi cinta sufi sgup turun kl...hehehe

kyle rosenburg berkata...

1st time bca nvel ramlee , trus addicted . 1st time dpt bca trilogi bgaikan putri , i cant take my eyes off that book . now , cinta sufi na kluar , cant imagine mcmna my life would be klao dpt cinta sufi . jia you abg ramlee ! tq :)

CAYANG ALIN berkata...

Saya tak sabar nak tunggu cinta sufi keluar..saya dah habes dengan 9 nyawa..sekarang tengah ulang Bagaikan puteri sementara menanti cinta sufi berada di pasaran..dah 3 kali masuk ni saya ulang..walau apa pon, trilogi Bagaikan Puteri dan Hatiku Di Harajuku telah berjaya mengecamukkan jiwa saya..sampai bawak dalam mimpi..sungguh terkesan dalam hati dan minda saya..membuatkan saya hampir jatuh cinta dengan laksamana sunan..:D

Tanpa Nama berkata...

cinta sufi...harap dapat membangkitkan perjalanan cerita yang lebih istimewa kerna perasaan yang mampu saya alami ketika membaca hijab sang pencinta hanya satu-kesepian. SAYA BERASA SEDIH SEKALI.saya x mahu sunan kesepian. ALLAH sentiasa menggembirakan hamba-NYA yang berjuang keranaNYA...

mama_mia4040 berkata...

alahai beshnyerrrrr, CINTA SUFI....tak sabarnyerrrrr

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...

Haaa...kan betul! Sunan belum mati laa...alangkah tak sabarnya mendapatkan CINTA SUFI!!!! Tahniah RAM, sememangnya...ALLAH telah menganugerahkan bakat yang tidak ternilai buat anda. Terus sukses!

@zim@h4eva berkata...

yeay yeay :)

Tanpa Nama berkata...

oh! bakal jatuh cinta lagi..hehe..

:.mamat-jen-dani:. berkata...

salam.
berapa hari bulan buku ni akan dikeluarkan nanti??
mesti beli nih.

:.mamat-jen-dani:. berkata...

salam.
berapa hari bulan buku ni dikeluarkan nanti??
mesti beli nih.

Tanpa Nama berkata...

sy suka sgt3 trilogi BAGAIKAN PUTERI..tiada novel lain sehebat ini..sunan mampu meruntun ht pembaca..memukau minda..cayalah bro..luv u ram.

Tanpa Nama berkata...

perh macam best .. gempak .. x sabar nak g beli mase pesta buku ini

Tanpa Nama berkata...

Baca buku Trilogi Laksmana Sunan ni buat aku tido termimpi2..kali ni Laksamana Sunan kembali lagi..akan ku beli buku ni kt pesta buku!! tunggu...!!

Tanpa Nama berkata...

bila cnta ufi nk kluar ni??blh bg tarikh yg spesifik x

din berkata...

tak sangka begitu cepat sekali ABG RAM siapkan Cinta Sufi. TAHNIAH DAN TERIMA KASIH!

Tanpa Nama berkata...

Abg RAM, tak terlalu tergesa2 ke Cinta Sufi ni dikeluarkan? Maksud saya...takut2 ada lagi beberapa loophole dalam cerita kalini kerana terlalu cepat nak dipasarkan.
Harap2 la para scanners dpt diharap utk meneliti setiap muka surat sebelum dicetak byk2...
Ni akuni peminat betul2 Trilogi Bagaikan Puteri ni..takut hampa kerana loophole saja. Terima kasih.
-GioNToji

izzati berkata...

haih..sunan tak mati ke???haih....tak sbrnye nak balik,nak beli buku nih...haih...haih..haih....

Tanpa Nama berkata...

Cinta sufi blom lg di gemgaman ku ... ARRggghhh ...

msti dptkan .. bismillah

Tanpa Nama berkata...

waaa...
bestnya..xsabar nak dptkan novel ni..
terima kasih kerana tak matikan watak saifudin..
dl masa amiruddin mati sy frust gila...

Tanpa Nama berkata...

salam,

kiter dah beli, tp lum sempat baca, coz rembat byk novel kt PWTC hari tu...mlm ni baru nk start baca..he..he..cam tak sabar nk tahu kesudahan kisahnyer...

me berkata...

saye dh bce cinta sufi 2..tp kesudhan nye cam ade sket tande tny..ade lg ke nvl strsnye..hm..i wonder...

fyzy berkata...

fyzy said...
nie la cerita paling best pernah aku baca...amatlah best..aku minat giler novel nie..dah khatam 3,4 kali dah..xsabar nak baca yg nie..teruskan menerbit karya yg segar,,
aku akn terus menyokong karya anda..
wasalam...

Tanpa Nama berkata...

tak sangka.. jalan cerita Cinta Sufi ni can be expected...selalunya, bile baca novel RAM, mesti mendebarkan, x leh nak expected what gonna hapeen next..jln cte agak lembab..and, nape tergantung endingnya?? but, still love saifuddin!!

Tanpa Nama berkata...

bila masa sunan dibawa tuah pergi.. ingatkan inilah endingnya bg kisah hidup sufi ni. tp..nmpknya RAM masih nak wat kejutan. alhmdulillah. Allah bg jln kpd hmbanya untk berdkwah melalui mitos, impian dan gambaran keindahan islam. ramai betul peminat trilogi BP. harap2..wtk sunan dpt jd role model 4 people out there about ISLAM. RAM...cayoo!

Da'ieRider berkata...

yup...agree with Anonymous atas ni.

Trilogi sebelum ni lagi suspens n thriller. Maybe problem sebab berkaitan ngn sejrah kot.

ANyway, dpt rasa akan keluar the 5th...hurm. insyaAllah.

"Sudikah kamu mendengar tawaranku?"

FiRsYa MeLisSa berkata...

Alhamdulillah..
tak sgka sangat2 ada gak sambungan trilogi bagaikan puteri, cinta sang ratu dan hijab sang pecinta..
memang kurang puas hati dengan pengakhir hijab sang pencinta..
bermula dari trilogi tombiruo, semangat hutan and tombiruo akhir, sy mula jatuh cinta dengan penulisan RAM~~
tadi pegi kedai bku semata-mata nak cri cinta sufi..
tapi tak jumpe...Tak per2..nanti cari kat kedai buku lain...wiii~~

Aku Diriku & Muhammad berkata...

aq dah khatam 10 kali...mmg agak slow tapi ianya sbb laksamana sunan sakit...dari ending die nmpk dengan jelas yang akan ada sambungan...dan aq sangat nantikan sambungannya...aq cume terfikir agak2 siapa musuhnya selepas ini...taghut conform tapi die msti akan ada pasangan tapi bukan dari die tapi dari sang petala alam...x sabar tggu kemunculan sambungan citer ini...

JIRAN WANITA R/P FASA 5 berkata...

rindu dn pesoalan mgapa watak laksamana sunah prlu mati krna masih byak yg blum trunkai akhirnye tjawap Dalam Cinta sufi..tp Cinta Sufi juga blum mampu mmuaskn hati krna pnamatye masih blum trjawap...?dn rindu,penharapn pd sunah trus mbuat pmbaca ingin mnanti karya sterusnye...

purple catz berkata...

ya Allah.. alhamdulillah.. saya sangka kisah Saifuddin sudah berakhir di Hijab Sang Pencinta. melihat Cinta Sufi, saya amat terkejut (walaupun belum lihat siapa penulis tapi berdasarkan tajuk dan cover design, saya macam dah boleh agak dah.. ;) ). niat dihati cuma ingin 9 Nyawa, sudah berbulan gagal memiliki. akhirnya saya keluar dari kedai buku dengan 2 karya terbaru RAM.. thanx again..

Ummu Amar berkata...

..perasan atau di penghujung kalam CS..ada watak pewaris maryam?..juga watak jutawan melayu yg mencari keris nanggroe..dan kisah Raja Roman yg tak berkesudahan..juga watak Elle yg belum berkembang?..aduh!seronok pula berbahasa macam datuk laksamana hang tuah..syabas RAM!

debu86 berkata...

Salam. sy dah abis baca cinta sufi. best. cerita sejarah yg menarik. yg paling kagum adalah pada Saifuddin = Laksamana Sunan. keimanan dan kesufian dia pada Allah. tapi ending dia, sy xjelas. saifudin dengan catalina =maryam ataupun x?

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...
sy da bca novel tu, sy tertanya2, apakah yg berlaku pada laksamana sunan? tak blh tdo mlm fkirkan hal ni, al maklumlah, org gila novel mmang mcm ni....

kIm berkata...

salam..
mmg konpom ada sambungan la crita ni..(suka! suka!)
bnyk prkara blu selesai..
1. Apa jadi pada Laksamana Sunan.
2. Dendam taghut.
3. Kesinambungan hidup Maryam=Catalina.
5. Pencuri Elle.
6. Siapa pewaris keturunan Maryam.
7. Kisah pengumpul khazanah melayu, Abid Kamal dan Shahril ke Lisbon.

em..apa lagi ek..tu jer kot..
tak sabar nak tunggu kesinambungan..
harap2 ending dia best lah k..
Syabas Uncle RAM!

Tanpa Nama berkata...

apa novel sambungan cinta sufi ye??

Neyna Honey berkata...

Alhamdulillah...cinta sufi tlah brada d genggaman ku...
itu pun tinggal satu jer..
Tahniah kepada Ramlee Awang Murshid kerana berjaya mnyambung trilogo Bagaikan Puteri...

Rasa berada di kayangan apabila membaca Cinta Sufi..
Novel ini juga saya kongsikan bersama ayah tercinta..
Dia juga memuji RAM kerana novel-novelnya tidak me'lagha'kan(lalai)..
Tahniah sekali lagi...

linda berkata...

kali ni memang slow cerita ni....endingnya mcm still tgantung.....adakah ada sambungannya lagi????hrp2 ada....saya x pernah ketinggalan pasal laksamana sunan.....

hafiss ayass berkata...

salam.
cite memang menarik. baru minggu lpas dpt buku ni,smlm br habis baca.tapi apa kesudahan kehidupan saifuddin?hang tuah bawa kemana?siapa pulak yang curi catitan maryam?ada peluang utk bersambung lg cite ni agaknya. tahniah abg RAM.

Tanpa Nama berkata...

satu ni je xbce lg, camno ble ttinggal

Kongsi berita ini dengan rakan-rakan anda.

Blog Widget by LinkWithin
 

Rekaan |BudakhutaN |untuk | BLOG Kelab Peminat Novelis : Ramlee Awang Murshid

Kembali Ke Atas