NUKILAN RAMLEE AWANG MURSHID - 9 NYAWA AKAN DATANG….

Oleh Ramlee Awang Murshid

Angka 9 mempunyai makna yang berbeza pada persepsi setiap orang. Sewaktu zaman persekolahan dahulu, saya paling takut kalau mendapat angka 9 pada setiap subjek peperiksaan. Angka 9 sebagai tanda kekalahan atau gagal. Ia paling mendukacitakan. Mujurlah saya mendapat angka 2 untuk sastera dan angka 4 untuk Bahasa Malaysia.
 
Manakala nyawa pula adalah ‘takungan kehidupan’ pada setiap makhluk yang bernyawa di muka bumi ini atau mana-mana makhluk yang tidak terlihat oleh mata kasar. Walhal hakikatnya...pada akhirnya nanti...hanya ALLAH sahaja yang akan kekal abadi apabila sangkakala pertama ditiupkan Malaikat Israfil. Hatta...Malaikat Izrail yang ditugaskan mengambil nyawa juga akan turut mati.
 
Semakin dewasa...kerap terdengar mengenai kucing yang dikatakan memiliki 9 nyawa. Saya mendengarnya sekian lama namun langsung tidak singgah di benak untuk difikirkan. Sehinggalah satu hari...anak saya Muhammad Aizuddin mengatakan bahawa kucing mempunyai 9 nyawa. Bertitik tolak daripada itu, saya mula memikirkannya untuk dijadikan sebuah novel.
 
Alhamdulilah...novel 9 Nyawa telah selesai dan saya serahkan kepada editor Alaf 21 pada minggu pertama bulan Syawal. Sebenarnya cerita itu boleh ditamatkan pada akhir penghujung ramadan. Bagaimana pun...saya melengah-lengahkannya untuk mencari satu penamat yang tragik. Ia dinoktahkan dengan hukuman mati di Penjara Cipinang Jakarta yang dilaksanakan sepasukan regu penembak.
 
9 nyawa berkonsepkan drama. Ia mengisahkan cerita dua keluarga yang berada di Kuala Lumpur dan Geylang Singapura. Kehidupan mereka berbeza. Watak utamanya adalah Intan Suryani dan Hakim – seorang lelaki cacat penglihatan. Intan Suryani yang menghidap sakit jantung dipercayai ibunya Azizah memiliki 9 nyawa. Kerap kali menghadapi maut namun ajalnya masih bertahan menunjang jasad. Intan Suryani tetap bernyawa sehinggalah suatu ketika dia terperangkap dalam kehidupan antara hidup dan mati iaitu koma.
 
Hakim pula dapat mendengar suara Intan Suryani yang bernyawa dalam keadaan halimunan. Tragedi ini berlaku di Singapura. Antara dua kehidupan tidak menghalang untuk Hakim membantu Intan Suryani. Hanya berdasarkan suara sahaja tidak menghalang ‘mata hati’ itu untuk melihat kebenaran. Hakim yang cacat penglihatan juga menggunakan ‘mata hati’ untuk melakukan kebaikan.
 
9 nyawa saya sifatkan tidak terlalu ganas dari aspek tindakan watak-wataknya. Ia berkonsepkan drama yang mementingkan ‘cara penceritaan’ berbanding ‘tindakan’. Apa pun...9 nyawa masih dalam bentuk thriller. Menumpukan aspek pengorbanan yang seharusnya dilakukan secara tulus ikhlas. Percayalah...kebaikan itu pasti akan dibalas dengan kebaikan juga. Kejahatan pula pasti akan menerima hukuman. Ia dasar biasa dalam aspek penceritaan tradisional mahu pun masa kini. Yang ingin saya tekanan di sini adalah...’Mata Hati Tidak Pernah Berdusta’. Salam hormat...insya-ALLAH...jumpa lagi dalam CINTA SUFI.
 
Antara dialog yang dikekalkan dalam CINTA SUFI nanti adalah seperti – ‘Maukah kamu mendengar tawaranku?’ dan ‘Sebagai manusia...aku sayang padamu’.

Share:

44 Ulasan

  1. elle ~ aku kopi pasta entry ni g blog. bley??

    BalasPadam
  2. wah bestnya baca sinopsis..
    sangat2 menaikkan semangat untuk membeli dan membaca sambil peluk2 bawa tido.hehe.
    bila pelancarannya kak elle?

    BalasPadam
  3. tak sabarnya nak baca!!!

    BalasPadam
  4. wali sufi - plese kredit to us
    hisendctheal - masih tgh edit, maybe next month...

    BalasPadam
  5. tak sabar menunggu ia keluar di pasaran.

    :)

    BalasPadam
  6. wah, xsabarnya nak tgu november.. lalalalalalala..

    BalasPadam
  7. waa!! tak sabar nk tgu novel baru!!!

    BalasPadam
  8. waaaaahhhh...akhirnye...rindu bangat sama karya RAM..x sabarnyeeeee

    BalasPadam
  9. sy lebih tak sabar nk tgu cinta sufi...
    oh laksamana sunan.....

    BalasPadam
  10. emm...novel Bagaikan Puteri jg la yg best..tp, Ramlee mmg best arr...sgt2 creative n imaginative!

    setiap buku beliau mbawa kepada kita mgingatkn betapa besarnya kuasa Allah menguasai alam semsta ini..kn!

    BalasPadam
  11. elle ~

    dah aku dah kredit kat blog aku... hehhhhe, layannnnnn!!!! Oittt akimmm kumainnn nama ko ader dlm stry ni. x dapat den nak bereboot ngan ko dah dikopi rite kan!!!

    tuan2 dan puan2, sila jgn memandai claim watak hero "hakim" ia adalah milik kimotttt!!!

    HARAP MAKLONG!


    >>>_____<<< xoxoxoxoxoxo

    BalasPadam
  12. saya baca novel The Diamond of Drury Lane, ade sorang watak perempuan dipanggil "cat" (Catherine Royal) pun cakap yang kucing ada 9 nyawa. tak sangka gak perkara ni sebenarnya 1 dunia tahu. huhu

    BalasPadam
  13. cepat cepat cepat
    bulan november!!!!

    aku x saboooooo....

    argggg!!!!

    BalasPadam
  14. tungguuuuuuuuuuuukan gegarannya....9 Nyawa....

    BalasPadam
  15. tahniah ABG RAM kerna berjaya siapkan 9 NYAWA. maaf tak dpt hadir rumah terbuka hari tu.

    BalasPadam
  16. hadus.. aku bukan raja klaim tau frodot.. muahahaha.. jom kita serang geng bendera itu..

    lalola espedora adios..

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum Saudara RAM,

    Best baca intro novel ini.
    Hanya satu pertanyaan;
    Rasa-rasa boleh hidupkan semula watak Ratna tak? Kesian Laksamana Sunan. Dia tak berapa sesuai dengan Haryanilah..Hihi, ini pendapat saya saja. Jangan marah peminat Haryani!

    BalasPadam
  18. hahaha, kimot dah tau nama dia hero... aduss xleh buat aper dah.. hehehe..

    (bila plak la nama hero tuh, alias?) hehehe..

    arghhhhhhhhh, baca entry ni pon dh x tahan nak baca 9 nyawa!

    dah la ending entry nih buat sapen jer! owh, pakcik laksamana sunan ku idop kembali!!!

    BalasPadam
  19. wah..ni yang berkobar2 den nk bace ni..
    uish...tp, nk bce 9nyawa dlu...Cinta Sufi ku setia menanti...ya...pas exam, siap siagalah!
    yea!

    BalasPadam
  20. Wah... Sinopsis 9 nyawa yg besh! dah ada khabar bila nak sampai ke pasaran? hehehe... tapi lagi teruja dengan Cinta Sufi ... ahaks... "Mahukah kamu mendengar tawaranku?"

    BalasPadam
  21. waa best2!!
    tak sabar nak tunggu ia berada di pasaran..
    pasti beli!!

    BalasPadam
  22. wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.............bestnya...agak x sabar nk menanti buku 9 nyawa dan wali sufi.....
    rindunya kat sunan....menitis air mata saat mengetahui bakal bersua semula dengan sunan....(chewah~~~~)
    harap2 la jgn kuar time exam klu x mst x keruan bila dgr ada yg dh baca novel tsbut.....

    kimot...best r hero guna nama kimot...
    to nain ngn ali...muahahaha...nanti2 r giliran korg...kot2 ada plak watak korg dlm wali sufi nanti....kan kan kan ~~~~~

    BalasPadam
  23. salam..akim,kak elle..mau copy leh?hehe..x de la..nk tny..RAM x smbng ke crta mikhail ke?mcm lain je sinopsis 9 nyawa..

    BalasPadam
  24. lambat lagik ke kuar nih...iskk.... ronda ronda kat kedai buku tak jumpe lagik aaa..... hehehee... stakat nih memang karya abam RAM memang superrrbbb...

    BalasPadam
  25. 9nyawa memg xkeluar lagi.. estimated bulan 11 tp xtau la, depend on alaf21 jugak.. mikhail xdgr plak ada smbungan ke x, tp yg pasti, trilogi bagaikan puteri memang ada sambungan - cinta sufi.

    BalasPadam
  26. salam...bestnya ..x sabar yg baca citer nie...tp sekarg ad kat overseas....mana nak cr buku nie..sedeynya :-(

    BalasPadam
  27. dlm Cinta Sufi tuuu...grenti kn ada lg sambungan..dan sambungaaannn...dan sambungaaannnn...hee~

    my suggestion; apa kata haryani jumpa dgn sorg jejaka yg seiras dgn Sunan, dn pwatakan sebijik mcm sunan (ada ka lg llaki bg2 dzaman moden ini..)..

    konon2la jejaka misteri itu adlah waris sbnar Sunan n Ratna..kn..kn!!! Nama jejaka tuuu Harith ke... (sempena nama Haryani!)

    hehehe...mcm unc RAM? Bleh jd pembantu penulis ka nii??? Au, bulih baa knnn...

    hehehe

    BalasPadam
  28. salam...
    wah2...
    saya pun xsabar nk tgu cinta sufi,
    oh laksamana sunanku..........

    BalasPadam
  29. hmmmm aku pun tak sabar nak baca nih. err... nama sue ngan akim je ke ade? nama kitorang2 nih takdek keeee???? uwaaaaa....

    syabas buat RAM, semoga terus berkarya!

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum...

    Perhatiaan Kepada Semua Peminat Ramlee Awang Murshid...

    Untuk novel 9 Nyawa, tidak lengkaplah novel itu jika ada tandatangan Abg Ramlee sahaja. Novel itu akan lengkap jika ditandatangan juga oleh Hakim aka Kimot san dan Intan Suryani aka Sue... hihihihi

    Kepada mereka yang tidak mengenali mereka, rajin-rajinlah ke sini...

    Papa menjangkakan juga tahap 'KEPUSINGAN' 9 nyawa lebih tinggi daripada Rahsia Perindu & Ungu Karmila.. So bersedialah..

    'Biarlah Misteri Itu Menjadi Semakin Rumit' ayat daripada Ryu Amasuka (DDS Vol 1)

    BalasPadam
  31. perghhh...tak sabar menunggu dah niii
    eheheh

    BalasPadam
  32. "biarlah misteri itu menjadi lebih rumit" <--Ryu Amakusa, DDS #1..

    datomarsani jawab: Ada 3 tips! dan penyelesaiannya hanya 1! <--hehehe, ayat Q!

    BalasPadam
  33. Kawan-Kawan,
    Keghairahan dan kegilaan adalah kepersisan. tp lebih bermakna pada kesabaran. Jadi bersabarlah, kerana penantian adalah satu kenikmatan dan kemanisan.
    Kepuasan nntanya akan berganda ~ kepada pembaca dan penulis yg menukilkannya.

    * Sian kt Abg RAM. Dh jadi macam mesin plak nk bg pk citer utk korang. Cess! Bgla org tua nie relax sket. korang nie pun...Hahahaha!

    BalasPadam
  34. wahh....9 nyawa..sgt menarik bc entri pasal 9 nyawa ni..xsabar nk beli..
    Cinta Sufi...menarik..menarik.. :)

    BalasPadam
  35. Tak sabar nak beli juga. Dah ada semua novel RAM kecuali igauan maut. Dah cari merata kat Melaka tapi belum berjumpa.

    BalasPadam
  36. mama syaza, igauan maut memang dah out of stock kat pasaran. memang dah xde dah. kalau terjumpa kat library tu, memang bertuah la. the only option, gi cari kat library, dan terus request nak beli. haha. note, kat national library pun dh xde novel ni. hangin sunggguh bila dorang ckp buku2 yg lama2 dilupuskan untuk beri peluang buku2 baru masuk rak. lalala..

    BalasPadam
  37. salam ziarah.

    usai membaca 9 nyawa. menarik seperti novel-novel RAM yang lain.

    teruja menanti kehadiran cinta sufi... =)

    BalasPadam
  38. bila baca komen2 korang..aku pun naik TERUJA nak baca buku2 ni. cmna teruja nya aku nak baca 9 nyawa........lebih teruja dan x sabar aku nak tgu cinta sufi...Long Live SUNAN...............

    BalasPadam
  39. harap 9 nyawa beri nafas yang lebih unik spt karya sebelum ini. huhu..... nak pegi beli lah nove3l ini. triller gitu. semoga RAM terus berkarya dgn idea yg pelik2 dan unik gitu. saya suka lah....

    BalasPadam
  40. minta kebenaran copy yea... saya ni memang minat dengan novel RAM....

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin