Akhirnya sebuah pengembaraan merentasi zaman.

sunan1 

Pada ketika ini, saya kira ramai sudah pun habis menghadam trilogi Bagaikan Puteri atau saya kenali sebagai epik Laksamana Sunan. Saya ingin membawa anda semua kepada perbincangan yang sering cuba dilontarkan oleh peminat karya Novelis Ramlee Awang Murshid iaitu mengenai penakhiran trilogi ini dimana pada akhirnya Laksaman Sunan tercampak semula ke zaman beliau setelah berada di zaman kita ini dan hampir mengahwini Haryani yang digambarkan oleh Laksaman dari Tanah Rencong ini sebagaikan wanita yang bagaikan puteri.

Apakah penamat ini yang dicari oleh pembaca sekalian?

Adakah berhak Sunan dibenarkan mengahwini Haryani?

Adakah Dani harus mengalah?

Lontarkan pendapat anda di ruangan komen dan kita berdiskusi sambil berfikir apakah sebalik Hijab Sang Pencinta ingin dilontarkan oleh penulis kesayangan kita Saudara Ramlee Awang Murshid. Persoalan paling penting, adakah berakhir perjuangan seorang Sunan?

HSP

Jangan lupa dapatkan borang undian dalam Berita Hariana Jumaat ini dan jadikan Hijab Sang Pencinta sebagai Novel Popular 2009!

Share:

32 Ulasan

  1. ram kena buat yg laksamana sunan ader waris,so,warisnya yg akan meneruskan sisa2 perjuangannya...mmmm...

    BalasPadam
  2. Sy suka penyudahnya...sunan mati! penulisan yang selamat.kalau tidak matipun..biarlah dia kembali ke zamannya. saya betul-betul amat kagum dengan RAM yang terfikir untuk membuat kisah dua zaman dan membenarkan manusia memasuki ke 1 zaman yg lain.memang ada saudara dan rakan2 yang mengkritik dengan menganggap trilogi ini merepek dan tidak masuk akal. kata mereka "mana mungkin manusia memasuki alam lain". bagi saya mereka berkata begitu mungkin kerana tidak 'senang' cerita melayu tetapi 'senang dengan cerita dari negara barat. apabila negara luar yang membuat kisah sebegini...pasti tiada kutukan. itulah kebanyak yang ada dengan orang kita. pepon bila ending macam ni...bagi saya penulis seolah-olah nak pembaca sedar bahawa kita perlu kembali kepada realiti...tidak mungkin dua orang dari zaman yang berbeza untuk bersama.
    tapi saya lebih suka jika dani tidak mengalah dan terus berusaha menambat hati haryani.

    BalasPadam
  3. dani adalah waris pada laksamana sunan..jadi dani tidak harus mengalah..

    BalasPadam
  4. salam...
    bila baca cerita laksamana sunan nih, mcm cerita 'back to the future' pun ada... hehe...

    Saya mengikuti novel Laksamana Sunan dari awal... dari novel 'bagaikan puteri', 'cinta sang ratu', dan 'hijab sang pencinta'.
    secara jujurnya, saya tak puas hati dgn pengakhiran cerita laksamana sunan nih. ya... laksamana sunan kena tembak masa nak menikahi Haryani dan balik semula ke zaman silam tu, saya terima... tapi sayangnya, Laksamana Sunan mati macam tu jer...

    Sewaktu membaca novel Hijab Sang Pencipta, saya mengharap yg Laksamana Sunan sempat bertemu dgn ibu dan bapa yg merinduinya sebelum dia menghembuskan nafasnya yg terakhir... dan mungkin sempat meninggalkan wasiat kepada ibu-bapa dan abangnya.

    Dhani, sebagai waris Laksamana Sunan dari sebelah abg, akan menemui wasiat itu dan meneruskan perjuangan Laksamana Sunan bersama dengan Haryani...

    sekian saja pendapat dari saya...
    Wallahu'alam...

    BalasPadam
  5. Assalamu'alaikum... Salam Sejahtera...

    saya tidak ada komen sebenarnya...
    Tetapi ingin menghuraikan apa yg ada di minda saya...

    melalui pengakhir trilogi Bagaikan Puteri ni, tanda-tanya ditimbulkan sama ada benarkah Sunan meninggal atau tidak...? Penulis tidak menyatakan Sunan 'meninggal dunia @ mati' melalui penulisannya.

    Penulis hanya menulis:
    'Kerana tidak berdaya berdiri, akhirnya dia (Sunan) terjelopok dan terlentang di pasir pantai.
    Desing di telinganya semakin menyaring hingga tiada lagi bunyi lain yang kedengaran. Pandangannya menjadi gelap.
    ALLAH... ALLAH... ALLAH...
    Lailahaillallah...
    Itulah yang disebutnya berulang-ulang di dalam hati. Akhirnya, dia sudah tidak ingat apa-apa lagi.' (rujuk HSP m/s 502)

    Jadi, keputusannya ada di minda pembaca sendiri...

    Mengenai Dani. Pada pandangan saya, dia tidak mengalah sebenarnya. Dia terus mencari cintanya yang sebenar... atau dengan kata lain, Dani masih mencari 'tulang rusuknya' yang sebenar. Dan akhirnya, barulah dia sedari bahawa dia mencintai Saliha yg berasal dari Aceh... Bukankah sudah dinyatakan, akhirnya Dani menikahi Saliha..? (rujuk HSP m/s 497)

    Kreatif betul hasil karya Saudara Ramlee Awang Murshid.

    Dengar-dengarnya, ada lagi sambungan trilogi ini... benarkah?


    Itu sahaja dari saya, peminat RAM dari W.P Labuan...
    Sekian, Wassalam...

    Renungkanlah... Fikirkanlah... Huraikanlah hujah anda...
    -N Athirah-
    nathirah.blogspot.com

    BalasPadam
  6. Nak juga bagi pendapat,

    pertama saya tahu bahawa Sunan tidak mati. Dia hanya pengsan.

    Kedua, kita tahu Dani terpaksa melepaskan Haryani walaupun masih ada hatinya lagi ke tanah rencong dimana akhirnya mengakui sebenarnya dicintai oleh beliau adalah Saliha.

    tapi tidakkah kita mahu melihat Sunan atau Dani mengahwini Haryani?

    Tidak kesian kepada haryani ditinggalkan begitu sahaja?

    Dengan tercampak semula sunan kembali kepada zaman maka sunan terus akan dikenali sebagai lelaki berduka. Tidak sedih melihat pahlawan gagah bersedih?

    Kalau ada sambungannya apakah anda ingin lihat?

    BalasPadam
  7. salam semua..
    Apa yang saya mahu jika trilogi bagaikan puteri disambung yer?..

    saya sependapat dengan Amirah..watak Sunan Mati!..
    rasanya perlu balik kepada realitilah.

    apakata kita teruskan saja kisah Dani dan Haryani?..(mana nak letak Salehah isteri Dani yer?) heheh kita hapuskan jelah dgn cara mati ketika lahirkan anak ke?..zalim aku matikan watak ..atau apakata beri Salehah sedikit perasaan normal sebagai seorang manusia ..CEMBURU.. jgnlah buat watak yg terlalu sempurna seperti manusia yg tidak pernah melakukan kesilapan atau punya perasaan.

    Jika watak Sunan masih diteruskan..mmm minta watak jahat yang selalu mengganggu Sunan ditambah lagi jahatnya. walaupun Sunan tu watak hero dalam cerita janganlah nampakkan sgt ia mudah untuk menang. So tambah lagi kejahatan kepada watak jahat. Barulah nampak lagi betapa hebatnya Laksamana Sunan.

    ihklas dari saya, jika ia ada sambungannya lagi..harap2 itulah yg terakhir kerana cerita yang terlalu panjang nie cam meleret2 pulak dan hilang kenikmatan dalam membaca. Semoga Abg Ram juga tidak terlalu tergesa-gesa menamatkan cerita kerana ia hanya akan membunuh perasaan pembaca. Harapan saya agar sambungan ini akan buat pembaca lebih TERSENTAP lagi..semoga berjaya..

    BalasPadam
  8. SUNAN KAWIN DENGAN HARYANI ... huahuahauhauhauhau. TU jer ~ lalalallalalala

    BalasPadam
  9. Terimalah kenyataan, Haryani adalah seorang andartu...

    BalasPadam
  10. bila terlalu banyak komen begini.. rasa nak ulang baca trilogi ni sekali lagi =)

    BalasPadam
  11. erk???

    kalo rq punye opinion, rq agak rq jumpa ngn sunan yg pengsan tu n pergi selamatkan dia...
    (konon2nya rq merentasi masa jugak jumpe hero pujaan hati ku itu,hahhahahha...)

    dan akhirnya rq kahwin ngn sunan yg dtg dari tanah rencong itu...

    muahahahhahahahha....:)

    BalasPadam
  12. Nak tunggu kejutan je drpd Abg Ramlee...

    Hopefully lain drpd pendapat diatas..

    Insya Allah

    BalasPadam
  13. laksamana sunan..!!! aku masih menunggu mu..

    ternyata, hatiku ini masih sukar digugah biarpun mikhail, luqman hakim, amiruddin dan mustapha dtg mngetuk pintu hatiku ini..:)

    sunan..!!! kau lah raja di hatiku..
    aku mnunggu mu sunan..
    sbg wanita, aku sayang padamu...
    hauahuauahauha........>>>>>>

    BalasPadam
  14. Terima Kasih RAM kerana menghasilkan karya yg padat dengan ilmu dan mampu menggugat kesabaran...

    'Mati itu pasti. Hidup...InsyaALLAH'

    BalasPadam
  15. amboi rq, dh mai dh angau hang.. mai aku nk satukan hg ng datomarsani.. in my mind, mintak2 la smbgn novel ni nanti, kalau part yg lawan2 biarla lg suspen, lg byk action. xmcm hsp yg mcm kejap je dh kioxxxxx.. satu lg, rasanya sunan memg xditakdirkan utk haryani, tp haryani akan jumpa someone special yg lain. dani terus bahagia ng saleha la kot. hehe.. best pulak korg sembg mende alah ni..

    aryanies,
    setuju.. tp kalo ada waris lg, mcm never ending stories la pulak..

    amirah,
    setuju jugak.. tp kalo sunan dh meninggal, abis la ceritanya.. dh xsuspen + thriller lg la..

    al-abied,
    mgkin haryani jd 2nd wife dani, ada kemungkinan abg ram nk promote kawin >1..

    akuro san,
    best gak tu, tp rasanya kalo nk jmpa pn dalam mimpi je kot.. eh, bukan mak sunan dah meninggal ke..

    n athirah,
    wah, siap ada rujukan lg tu, mantopp sguh hanggg..

    kak darling elle,
    siannye kt haryani.. please2, carikan pasangan utk haryani please.. hehe..

    kak sueonn,
    wah, mcm nk tergelak pn ada.. hehe.. zalim sguh kak sueonn nk matikan watak tu.. hihi.. betul2, make sure next sambungan lg sentapp..

    frodot,
    lalala.. haryani tu bukan mini ke10 hang ke? haha..

    kak sab,
    betul2, nk ulg baca, tp semua ada kt kg.. waaa.. nk kene pinjam balik kt national library nih..

    rq,
    dato marsani menunggumu... gosip2..

    papa ibad/zonan,
    haha.. rasanya memang akan lain.. tp, keep comment je, mcm best pulak kan.. hehe..

    oklah, hv a good day, terjah from opis.. internet kt rumah still KO sbb baru pindah.. ntah la smpi bilaaa... uwaa.. emosi di mlm yg sepi..

    roger
    mental mesti kuat

    BalasPadam
  16. "Mati Itu pasti... Hidup Insya Allah"

    Kalau jodoh tak kemana perginya. Dani atau Saifuddin , atau Saifuddin selepas Dani.

    hehehe... nantikan entry dari dakutan...

    BalasPadam
  17. salam.....

    tak kisah la abg ram nak buat sambungan sunan cam ner..... tp please jgn matikan dia.... hero pujaan tu...

    dlm hati ku ada cinta jd satukanlah mereka yg sepatutnya. apakah sunan akan mencari seseorg seperti ku??? hahahah

    apesal nama datomarsani adikku disebut2 tu ek....

    BalasPadam
  18. Salam,
    GC cuma mencari "Hijab Sang Pencinta"....

    ->: Bagaikan Puteri : jelas penceritaan Haryani yang menemui hijab Sang Puteri.
    ->: Cinta Sang Ratu : jelas agung cinta si ratu yang berkesudahan.
    ->: Hijab Sang Pencinta : kena baca semula sbb GC lum jumpa ^.^

    ...walau apa pun, GC setuju dgn Cik Sue. Jgn tersega-gesa.... Tahu, AbgRAM mesti penat perah idea..teruskan AbgRAM, kami sentiasa menyokong ^.^

    BalasPadam
  19. ehem... apsal korang ribut2 bagi idea ni? apa korang ingat abg RAM buat cite mcm yg korang nak ke?

    aku tak nak cakap apa2, aku hanya akan menunggu KEZUTAN dari abg RAM... lepas tu, semestinya aku akan komen habis2an

    muahahahahaa

    P/S: dah ada yg berangan kawen ngan sunan ke? langkah mayat haryani dulu beb! hehe

    BalasPadam
  20. akimot???

    why dato marsani???tak mooooooooo

    rq hanya mau saifuddin aka laksamana sunan!

    tiada yg mampu mnggugah hati gadisku ini mahupun seribu mikhail dtg, sejuta mustapha mmnculkn drinya, sehinggga kan luqman hakim yg ku cintai itew ku tolak ketepi jua....

    BalasPadam
  21. wah,seronok membaca pandangan semua pembaca trilogi ini. macam2 yang diutarakan. apepun harap, laksamana sunan ada, dan kisahnya melawan kejahatan tetap juga ada. kisah hati dia dengan dia tunggu je kalau ada kejutan terbaru..hehe

    BalasPadam
  22. tak suke haryani...!!!!!!!

    aku suke sunan ngn sang ratu gaks..

    romantik gitu...

    hauhauhauahah

    BalasPadam
  23. erm.. aku x nk komen ape2 terserah lah kat uncle RAM..
    frodo aku stuju ngan pndpt ko..
    (kite join club Haryani nk????? )
    hahahaha ;)

    BalasPadam
  24. amboi2...dengan ini saya mengumumkan kempen "Said NO to Haryani!!!!"...jap nak design banner dulu.

    BalasPadam
  25. x leh2.. beta bantah.. xde2..
    x aci2..!!!!!!!!

    BalasPadam
  26. Erm....wat mase ni aye berpendapat la kan...cuma nak pakcik RAM bertenang dan fikirkan jalan cerita yang mencabar dan kene-mengene gak ngan perkembangan semase...ha..
    klu Sunan tua sekalipun, ade waris bgus gak...tp, klu Sunan meninggal gak...biarlah dia mati syahid ek...sedap gak hati merelakan sunanku pegi...:-''(

    yg penting kan...aye harap novel tu tebal...naik harga ckit xpe, kualiti tu bernilai..! Cayok PakCik RAM!

    haha...areQ! mmg ler walau pernah tergugat jap dgn Lukman, Mikhail, Amiruddin...tp...Laksamana ku dekat di hati...!

    BalasPadam
  27. Ya, sokong Sunan jumpa semula Ratna. Harap-harap ada sambungan kisah mereka berdua. Percintaan mereka sangat unik dan tulus.

    Mesti RAM boleh buat magis untuk hidupkan Ratna semula kan?

    BalasPadam
  28. Em....mcm2 ja korang bg komen nih...cian unc RAM nnt perah otak bingung cari ending yg best...

    Pa pn, dlm Cinta Sufi tuuu...grenti kn ada lg sambungan..dan sambungaaannn...dan sambungaaannnn...hee~

    my suggestion; apa kata haryani jumpa dgn sorg jejaka yg seiras dgn Sunan, dn pwatakan sebijik mcm sunan (ada ka lg llaki bg2 dzaman moden ini..)..

    konon2la jejaka misteri itu adlah waris sbnar Sunan n Ratna..kn..kn!!! Nama jejaka tuuu Harith ke... (sempena nama Haryani!)

    hehehe...mcm unc RAM? Bleh jd pembantu penulis ka nii??? Au, bulih baa knnn...

    hehehe

    BalasPadam
  29. adoi lawak nye..comment korang..
    tergelak-gelak sye bace..

    haryani andartu la..
    club say no tu haryani la..

    pepown..uncl RAm memng hebat sehingga berjaya mewujudkan satu watak yg benar2 terkesan kat hati..

    laksamana sunan tetap di hatiku!!!!!!!!

    BalasPadam
  30. Tanpa Nama2/7/10 4:28 PTG

    sokong areQue n tinta mustika.
    nak sunan dgn ratu jgk.

    say no to haryani..
    haha..~

    -sunanratna-

    BalasPadam
  31. Tanpa Nama3/7/10 1:27 PG

    klu sume perasan...dlm novel ni x der pn menyatakan yg sunan dh mati...just di bawa hang tuah ke dasar tasik. tuah sedang memikirkan cara untuk memulihkn sunan sebelum 2..ada sebab hang tuah bwk sunan ke tempatnyer..erm lg 1...keris nanggroe n catatan maryam hilang...sape yg amik??ape kesudahan keris 2? berbalik kepada warisnyer ker?klu sunan mati, keris 2 x der la pewarisnyer..nk tau sunan mati atau tidak mungkin ader tertulis dlm buku catatan maryam tp itu x sure gak coz maryam mungkin jugak x tau samaada sunan masih hidup dan terus tinggal bersama hang tuah atau sedah mati. seperti mana yg kita tau, hang tuah juga kita x tau sedah mati ker blm sehingga skang.hakikatnyer yg hidup pasti akan mati...bila jer kita x tau...ketentuan Ilahi...2 pendapat sy...

    -naimrah-
    niea_fanta@yahoo.com

    BalasPadam
  32. sy dah baca smua novel karya ramlee awang murshid.smua nya bagus2 dan jalan cerita dia menarik..yang paling saya suka kisah sunan,tomboriou,A.D.A.M...n lain lg..tp sy rasa lg best jika novel ni di jadikan dlm bntuk wayang pulak..macam cerita lagenda budak setan..

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin