Satu Janji oleh Areque

Assalamualaikum…..

Haa…kepada sesiapa yg kenal areQue tu, tentu korg masih ingat yang aku dulu selalu kutuk2 novel abg ram kan?

Kalo yang ketinggalan nak baca apa yang areque kutuk tu, boleh la lawati blog aku posting bertajuk… “abg ram oh abg ram” ataupun alaf21 punye website kerana aku ada letak satu posting yg menceritakan pengalaman aku di saat jatuh cinta pada abg ram!

Ooopsss, silap…jatuh cinta pada tulisan abg ram lah!!!!!!

Dan kerana insiden Pei Pan itulah…aku terus melekat n jatuh cinta pada karya-karya abg Ram yg lain….sampai sekarang!

Kalo korang nak tahu, novel kedua yg aku baca selepas Pei Pan ialah “Satu janji”.

Jujur aku katakan, susah jugak la aku nak baca novel-novel abg Ramlee yang lain macam Tombiruo, Semangat Hutan, Mandatori, Ranggau ataupun Adam walaupun aku dah mula suka baca Pei Pan. Entah la kenapa, tapi yg pasti mungkin aku sedang cuba menyesuaikan diriku dgn cinta yg baru aku temui ni kot..hahaha…

Tapi dek kerana kebosanan, suatu hari tu.. aku duduk lepak ngan roommate aku dlm blek sambil mengumpat orang…huhu..(ups!shyyyyy...)

Dia dok atas katil, dan aku dok kat meja study dia. Sebenarnye bilik kami tu 4 orang, tapi dua org senior kitorg dah pindah ke main campus! So, tinggal la aku berdua dlm blek tu ngan roommate aku.

Sambil bersembang, aku tilik-tilik novel atas meja study roommate aku tu…(pilih secara rawak) je.

Banyak sgt buku abg Ram dia simpan buat koleksi, aku pun amik la satu satu nak tgk synopsis mana yang best. Bila aku baca sinopsis novel yg satu ni, wahhhh....kawin paksa??? ni best ni...selalunya pompuan yg menderita bila kawin paksa ni, tapi novel SATU JANJI ni lelaki yg menderita…ni lain dari yang lain (monolog ku dalam hati)…terus areQue amik yang satu tu dan baca.

Hahahhahaha…

Sinopsis : SATU JANJI
SATU JANJI berkisarkan sebuah kisah tentang penderitaan seorang lelaki yang terpaksa berhadapan dengan janjinya sendiri. Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman.

Luqman Hakim, ialah seorang anak yatim yang dibesarkan oleh sebuah keluarga angkat kaya yang sangat menyayanginya.
Kisahnya bermula, apabila tragedi pembunuhan ayah angkat Luqman Hakim (Dato’ Abdullah) telah membuka satu rahsia yang menjadi hijab jalur pengkhianatan. Luqman kemudian, menggalas tanggungjawab di pejabat menggantikan ayahnya. Polis memerhatikan Khalid, CEO di pejabat Luqman sebagai salah seorang yang disyaki sbg dalang pembunuhan.

Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha dan Luqman telah pun jatuh cinta padanya pada saat pertama kali dia memandang Adelia..(love at the first sight la ni)..huhuhu.... Pertemuan dgn Adelia menjadikan Luqman jatuh cinta dan menyamar sbg penebar roti canai utk menghampiri Adelia. Dia mahu Adelia jatuh cinta padanya kerana dirinya, bukan pada harta bendanya. Berbagai cara dia gunakan untuk memikat Adelia termasuklah menjadi seorg penebar roti canai di gerai milik keluarga Adelia. Hahaha..kelakar pulak bila aku teringat ‘roti canai spiderman’ Luqman melekat kat dinding..huhuhu..

Bayangkan, seorang pengurus besar syarikat jadi belajar jadi seorang penebar roti canai??? Fuhh..memang aku jatuh cinta la ngan Luqman Hakim nie..hehehe...

Malangnya, usaha untuk memikat hati Adelia sukar ditebak kerana Adelia sudah punya pilihan hati, tetapi kerana keterlanjuran janji Adelia pada keluarga “mana-mana lelaki yang masuk meminangnya dahulu itulah calon suaminya”, membuatkan pinangan Luqman terpaksa diterima Adelia tanpa rela.

.
Kasih dan cinta yang Luqman taburkan pada isterinya itu, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati Adelia. Dia tidak dapat menerima Luqman malah membenci suaminya yang hensem,alim dan baik hati tue...(memang rugi la Adelia ni, kalau aku la...tak payah kena paksa, lama dah terpikat pun..hahaha..).

Namun, Janji yang begitu teguh di hati Luqman akhirnya membawa musibah. Dengan segala kudrat, Luqman berusaha bangkit untuk menggapai janjinya semula.

Disebabkan satu insiden, Luqman dan Adelia terpisah. Berbagai cara yang digunakan oleh Luqman untuk menyelamatkan isteri kesayangannya itu walaupun dia tahu kehadirannya di sisi Adelia bakal menambahkan lagi derita di hati Adelia. Dan disinilah, penculikan Adelia menjadi titik tolak permulaan segala-galanya terungkai. Akhirnya, selepas insiden ini jugalah, Adelia mula jatuh hati pada Luqman. Namun, Luqman pula yang menyepikan diri kerana janji yang dibuat bersama Adelia. Adelia mula berasa bersalah.


Akhirnya, disebalik janji seorang Luqman Hakim, ada seseorang yang telah menghulurkan tangan untuk membantu Luqman melaksanakan satu janji yang pernah terungkai. Siapakah dia dan apakah ia???

Baca lah sendiri...yer??

Yang mengejutkan, bila si Laila tu sebenarnya adalah anak kepada tukang cuci di syarikat Luqman Hakim (wanita tua itu rupa-rupanya ibu tiri Luqman). Masa baca mula-mula tu ingat ker Makcik Munah tu ibu sebenar Luqman, tapi rupa-rupanya ibu kandungnya adalah mangsa sikap cemburu isteri pertama. Dan dari situ, terungkai lah sejarah kenapa dan bagaimana Luqman telah dihantar ke rumah anak yatim.

Apapun, aku suka babak-babak antara Luqman Hakim dan Adelia. Di sini, diselitkan kisah cinta Luqman yg bertepuk sebelah tangan dan isu kahwin paksa. The twist in the tale yg dimainkan di sini memang menarik dan ada plot-plot yang kita tak dapat teka langsung kebenarannya..

Kalau kite baca mula-mula, kisah ini seolah-olah ada dua cerita tapi semasa menghampiri penamat, kedua-dua kisah ini bertangkup kemas dan ada kesinambungan. Abang RAM bijak menggunakan resepi novel cinta yang popular iaitu percintaan selepas perkahwinan. Selain dari itu resepi buat roti canai pon ada jugak! Menjadik pulak tu:)

Hmm..dalam Pei Pan aku jatuh cinta ngan Mustapha!

Tapi, dalam SATU JANJI...hati aku jatuh dan tercabut terus kerana Luqman Hakim!!!


Haiii lah hati...

 

Hantarkan ulasan novel atau apa saja berkaitan RAM di admin.ramfc@gmail.com untuk dikongsi bersama rakan-rakan di RAMFC

Share:

8 Ulasan

  1. roti canai spiderman, hahaha.

    BalasPadam
  2. Tapi, dalam SATU JANJI...hati aku jatuh dan tercabut terus kerana Luqman Hakim!!


    mak oiiii..ayat x tahan...
    hahahahahahaha....
    kak aq...
    rajinnya buat komen...
    huhuhuhu......

    BalasPadam
  3. muhkakakkakakaka ~~ merembes ngan luqman kew? Hati tercabut??? huahuahua

    BalasPadam
  4. best crite nie.....
    pnh gak wat cm luqman, tp bkn jd penebar roti yek tapi biar la rahsia...

    BalasPadam
  5. sebenarnya tak tau nak post di mana...

    gini, saya lihat encik ramlee ni suka wat novel dan ianya ada satu agenda sendiri..

    tapi saya harap encik buleh wat satu lagi novel yang berbentuk action tapi more tu islamic..

    alang2 wat novel, apa kata kita dakwah sekali..

    apapun, saja nak promote link,
    ni blog saya, jika nak info, sila la sedut di

    www.nusanaga.blogspot.com

    p/s: saya pun on da way with the same novel...perhaps..insyallah

    BalasPadam
  6. novel pei pan pernah didramakan dan disiarkan di TV2 tak silap aku..tapi selalu termiss citer tu..seminggu sekali setiap sabtu kalo tak silap..dah lama..rasanya 2 tahun lepas...

    BalasPadam
  7. rq jatuh cinta yek....

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin