Trilogi Bagaikan Puteri oleh Linda Amri

Artikel ini adalah sumbangan Linda Amri, wakil RAMFC dari negeri Sabah. Artikel ini juga boleh dibaca diblognya www.myulatbuku.blogspot.com . Anda yang berminat menyumbangkan artikel mengenai Ramlee Awang Murshid sama ada mengenai novel beliau atau apa sahaja yang berkaitan, hantar kepada email rasmi ramfc di mod.ramfc@gmail.com .

            

Judul 1 : Bagaikan Puteri         Judul 2 : Cinta Sang Ratu         Judul 3 : Hijab Sang Pencinta
Halaman : 578 mukasurat      Halaman : 554 mukasurat       Halaman : 510 mukasurat
ISBN : 983-124-214-9              ISBN : 983-124-278-5              ISBN : 978-983-124-385-5


Penulis : Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Alaf21 Sdn. Bhd.


Trilogi Bagaikan Puteri adalah "buah tangan" Ramlee Awang Murshid yang luar biasa. Tidak dapat dinafikan, karya beliau yang ini telah mengangkat nama beliau ke satu tahap yang jauh lebih baik daripada sebelumnya. Buktinya, Hijab Sang Pencinta yang merupakan pelengkap trilogi ini dan yang dinantikan oleh para peminat Ramlee telah beberapa kali mengungguli carta buku terlaris MPH dan Popular selepas pelancarannya pada tahun lalu.


Trilogi Bagaikan Puteri adalah cerita epik thriller yang mengisahkan dengan begitu menarik sekali perhubungan dan kaitan antara tiga watak utamanya iaitu Haryani, Dani dan Laksamana Sunan @ Saifudin. Haryani dan Dani merupakan dua anak muda masa kini sementara Saifudin pula adalah seorang pemuda zaman kurun ke-15. Saifudin dikisahkan sebagai seorang yang alim dan tinggi ilmu agamanya. Beliau juga mahir dalam seni mempertahankan diri. Beliau yang berasal dari Tanah Melayu merantau ke Aceh dan berguru dengan Wali Sufi. Saifudin merupakan antara anak murid Wali Sufi yang terbaik. Beliau diamanahkan untuk menentang segala kejahatan dan mempertahankan bumi Aceh daripada sebarang serangan atau malapetaka.


Kekuatan trilogi ini adalah pada kebijaksanaan penulis menggunakan teknik merentasi sempadan masa. Tiga watak utama yang datang dari dua kurun yang berbeza ditemukan, membuatkan pembaca akan terus teruja untuk mengetahui kisah selanjutnya.
Berikut, saya catatkan beberapa elemen yang menarik tentang trilogi ini menurut perspektif saya :


1. Debaran awal Trilogi Bagaikan Puteri bermula apabila Hasanal, kenalan papa Haryani menghadiahkan sebuah mushaf lama yang dibelinya daripada seorang rakan. Pada bahagian bawah mushaf tersebut tertulis "Kamu bagaikan puteri... Haryani". Keluarga Haryani agak terperanjat dengan tulisan itu dan bertanyakan kepada Haryani kalau dia ada kaitan dengan mushaf tersebut.


2. Haryani bertemu dengan Saifudin ketika beliau dalam keadaan koma akibat kecederaan ketika terjatuh semasa diragut. Roh Haryani terperangkap dalam kurun ke-15.


3. Dani pula mengalami satu perasaan yang luar biasa kerana jatuh cinta pandang pertama kepada Haryani walau pun pada masa itu Haryani terlantar koma di hospital.


4. Haryani sedar daripada koma ketika sudah dikebumikan. Haryani disahkan mati oleh doktor yang merawat beliau kerana sepanjang tempoh koma, Haryani tidak menunjukkan reaksi positif untuk kembali sedar. Suara tangisan Haryani dari dalam kubur didengari oleh Dani.


5. Dani merupakan keturunan Megat, abang kepada Saifudin. Dani juga memiliki satu kelebihan luar biasa kerana mampu berkomunikasi dengan roh Haryani semasa Haryani koma.


6. Saifudin berkahwin dengan Ratu Sulaman iaitu Ratna yang merupakan anak asuhan Maharani yang jahat dan memusuhi Saifudin. Saifudin berjaya melembutkan hati Ratna lalu mengahwininya kerana Ratna ingin terus mempelajari Islam. Ratna menemui ajal ketika pertempuran antara Saifudin dan Maharani berlaku.


7. Dani merentasi sempadan masa dan berada dalam kurun ke-15. Rohnya terperangkap dalam badan Senggara, raksaksa suruhan Maharani. Dani bertemu dengan Saifudin ketika bertempur dan tewas di tangan Saifudin lantas balik semula ke kurun-21.


8. Saifudin turut merentasi sempadan masa dan berada dalam kurun ke-21 tanpa beliau sedari setelah beliau tertidur di dalam gua berhampiran kampung beliau di Kampung Punggor, Johor kerana bersembunyi daripada orang-orang suruhan Sultan Melaka.


9. Ruqyah Syar'iyah yang dibaca oleh Saifudin untuk membongkar kejahatan ketua ajaran sesat, Ibnu Misad yang berupaya mengghaibkan dirinya daripada pandangan mata kasar adalah ayat-ayat al-Quran yang digunakan dalam perubatan Islam terutama yang melibatkan gangguan makhluk halus.


10. Penulis bijak mengetengahkan nama-nama yang biasa kita dengar sama ada melalui kisah dongeng atau sememangnya benar-benar wujud menjadi watak-watak jahat seperti Beragas, Nyi Burga Kelara, Balan, Ifrit, Manggala dan Ratu Sulaman.


11. Trilogi ini diakhiri dengan detik-detik pernikahan Saifudin dan Haryani yang mendebarkan dan penuh suspen.


Sebagai salah seorang peminat karya Ramlee Awang Murshid, saya merasakan Trilogi Bagaikan Puteri adalah "hadiah" beliau paling istimewa buat para peminatnya. Kebijaksanaan beliau menggunakan teknik merentasi sempadan masa memberikan satu dimensi yang lain kepada pembaca.


Pengakhiran cerita yang di luar jangka sememangnya sudah saya jangkakan kerana Ramlee gemar membuat "pengakhiran" dengan satu "permulaan".


Kepada mereka yang inginkan sesuatu yang luar biasa, thriller, suspen, penuh aksi tetapi Islami, Trilogi Bagaikan Puteri adalah pilihan yang terbaik untuk dibaca.


Saya juga berpendapat trilogi ini wajar diketengahkan ke layar perak sama ada dilakonkan seperti Puteri Gunung Ledang atau menggunakan teknik animasi tiga dimensi (3D) seperti Upin & Ipin.


Syabas buat Ramlee Awang Murshid dan semoga terus berkarya.

Share:

20 Ulasan

  1. yup..stuju sgt la
    cite hbt mcm ni,ptt di'adaptasi' ke layar filem..
    and to make it as great as in d novel,Ramlee Awang Murshid ptt terlibat sme dalam p'bikinan filem 2..
    gud luk!!

    BalasPadam
  2. memang padat hasil kerja kak linda....
    rasa macam nak baca balik novel2 tu...

    BalasPadam
  3. saya sokong 200% kalau trilogi nih diadaptasikan...
    industri penulisan boleh berkembang kalau karya2 penulis kita diadaptasi mcm cerita2 dr ngr luar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya pembuat filem the lord of the ring atau harry potter boleh adaptasi novel ni jd filem sbjik dari novel

      Padam
    2. Hanya pembuat filem the lord of the ring atau harry potter boleh adaptasi novel ni jd filem sbjik dari novel

      Padam
  4. mungkin dalam pembikinan filem kot

    senyap2 dah siap nanti

    hehehe

    BalasPadam
  5. sape la yg layak jd laksamana sunan...

    jgn felix sudaa...haha....sbb dlm bagaikan puteri ada dnyatakan muke sunan sperti felix....hahahahah.....

    BalasPadam
  6. betul,betul,betul...
    rasa terawang-awang bila baca terutama sekali novel yang first sekali, Bagaikan Puteri...
    rasa jeles sangat2 dengan watak Haryati...
    bertuah badan andai Laksamana Sunan itu dapat dimiliki...
    Laksamana Sunan, ciri idaman lelaki muslim sejati... cewah!!!

    BalasPadam
  7. sokong kata2 arien_arieka 2.. best sngt2

    BalasPadam
  8. saya suka sgt novel ramlee awang murshid! yang tiga2 ni semua saya ada. please sambung lagi! saya boleh baca satu novel xsampai satu hari.. best sgt2!!!

    BalasPadam
  9. dgr2 novel sambungan ader lagi.. cinta sufi cerita sunan bertemu dgn janda portugis....

    pertama kali saya baca bagaikan puteri,,,bagaikan terpesona dgn ayat2 dan nukilan cintanya.. serta dgn lilitan sejarah yang makin kita lupakan sampaikan sy terfikir adakah benar mitos itu adalah satu sejarah....

    segalanya mungkin....

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama6/1/10 7:59 PTG

    saya setuju crita ni hebat...tapi kalau nak diadaptasikan ke dalam layar perak takyah ler...pelakon m'sia ni tak power, eksen je lebih..bukan pandai berlakon pun...ikut script akupun boleh...boleh blah

    BalasPadam
  11. saya suke sg cite ni...kalau la ade ke 4 kan best...

    BalasPadam
  12. OMG..
    memang best ssgt..smbungan trilogi..cinta sufi..
    tp agak kecewa ckit coz tergantung..
    namun saya tetap pcye ada sebab trsendiri RAM menamatkan cerita..
    mst da smbungan lagi...
    cant wait!!!!

    BalasPadam
  13. Setuju sangat,,bleh la tu,,kalau novel Legenda Budak Setan difilem kan,,kenapa tidak Trilogi ini difilem kan,,tetapi ada kekesalan sedikit iaitu kenapa novel berkualiti seperti ini tak di filem kan dari dulu,,tetapi nak salahkan siapa?

    BalasPadam
  14. asalamualaikum...
    kalau boleh en ramlee adaptasikan triller hasil tulis encik sendiri ke layar perak seperti J.K Rowling adaptasikan tulisanya, Harry Potter.
    daripada bagaikan bidadari hingga ke cinta sufi.

    amal bunyamin

    BalasPadam
  15. saya minat jgk dgn bagaikan puteri...

    kalau betul nak buat filem, watak laksamana sunan bagi saya sesuai bagi kat Ashraf Muslim...ntah kenapa pd saya sgt sesuai dengan dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul3..saya setuju 100% apa yg d kata awak tu

      Padam
  16. sy pulak berangan benda lain..
    tringin nak tengok cite ni diadaptasi ke filem animasi..
    animasi malaysia pun dah hebat2, boleh setanding luar negara.. tgk cam filem saladin.. fuh.. kalau cite bagaikan puteri buat animasi camtu, mesti gempak gileee

    kalau berlakon, nanti rasa spoil pulak bila artis yang kita tak minat berlakon jadi watak yang kita suka.. tak pun spoil sebab muka plakon tu tk sama lgsung dgn muka yg kta byangkan dlm otak.. hehe..

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin