Utusan Majlis Tertinggi - Sekitar Mesyuarat Pertama RAMFC

Mesyuarat diadakan pada 27 November 2008 lepas menjadi titik tolak kita di RAMFC untuk maju setapak lagi dalam merancang dan memperkasakan kelab yang dibina dalam tapak maya ini. Berikut adalah gambaran sidang mesyuarat dan dijalankan secara maya dan nyata dengan pengunaan teknologi masa kini. Kami turut mendengar pendapat dari Saudara Ramlee Awang Murshid mengenai perkara-perkara berbangkit di kelab ini melalui telefon.

 
Dua orang penting RAMFC sekarang. Dari kiri, Akim (Timbalan Presiden) dan 
Saudara Suhaimi Long selaku Presiden RAMFC.
 
Dari kiri, saya elle, osyhanne selaku bendahari dan juga saudari Arms 
yang sudi memegang jawatan penolong setiausaha.
 
Yang berbaju rona merah Saudara Web Sutera sudi 
memegang jawatan sebagai naib presiden dan 
sebelah kiri beliau adalah isteri beliau yang dikenali juga 
i blog ini sebagai Chef Hana atau pun Akak Web

 
Saudara Attok yang hadir lewat memberi kami curahan nasihat, 
idea dan pengalaman beliau dalam berpesatuan kepada kami di RAMFC. 
Saudara Attok dilantik sebagai penasihat berikutan pengalaman 
beliau luas dalam berpesatuan di Malaysia.

 
Antara yang mengisi perut kami. Terima kasih kepada Saudara Web dan isteri
yang sudi menaja makanan dan minuman pada hari itu.

Penyampaian hadiah kepada Saudari GC atas sumbangan rekaan logo beliau yang 
menjadi pilihan semua ahli kelab RAMFC. Tahniah kepada GC!
 
Dalam keriuhan suasana mesyuarat ini turut diperhatikan dari jauh 
di laman sesawang RAMFC ini ialah saudari Fyena, Sue Onn dan Illaktn. 
Mereka turut memberi input yang berguna dalam mesyuarat kami pada hari tersebut.

 
Alat menjadi perantaraan kami untuk gagal hadir ke Mesyuarat pada hari tersebut. 
Kami mengadakan siaran langsung dari laman sesawang RAMFC 
mengunakan web kamera yang dihubungkan melalui blogtv RAMFC. 
Pengunaan ini akan diamalkan pada mesyuarat-mesyuarat kelab akan datang.
 
Sambil-sambil itu sebab kami bergambar kenangan. 
  Semua gambar ihsan dari Anim Nahima
Diharap pada mesyuarat akan datang, lebih ramai kehadiran dapat diperolehi. Sekian.

Share:

3 Ulasan

  1. lor, apsal gmbr anim xde? haha.. frustrated la abg besar kita nti :)tgk osh, mcm wartawan bersamamu tu kan? btw, gd luck utk ramfc.. smga lebih berjaya pd masa depan. bersamalah kita menggembleng tenaga demi memastikan ramfc ni ditangga yg pertama dlm google search "ramlee awang murshid". then, jgn lupa ok, target 1000ahli kita this year.. ganbatte..

    BalasPadam
  2. Weii..gambar aku lap peluh pun masuk? ish..

    BalasPadam
  3. semoga ramfc terus berjaya.... Insyaallah.

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin