Selamat Hari Lahir Ramlee Awang Murshid

Saya berkesempatan bertemu dnegan penulis kegemaran kita ini sehari sebelum hari lahirnya. Sayang saya terlupa ketika itu. Mungkin terlalu teruja kerana akhirnya berjaya mendapatkan Personal Justice dan Igauan Maut. Maad pada rakan-rakan yang lain, ini hanya cenderahati ikhlas saudara Ramlee pada saya. Saya juga lebih suka mendapatkan sendiri tapi orang kata rezeki jangan ditolak. Penghargaan begini sangat buat, lebih-lebih lagi dari saudara Ramlee sendiri.



Pada 4 November semalam, genaplah usia saudara Ramlee Awang Murshid sebanyak 41 tahun. Dengan deretan novelnya yang hangat di pasaran dan kelahiran novel Inggeris pertama beliau. Kami semua di RAMFC mengharapkan yang baik-baik sahaja untuk abang Ramlee. Semalam juga abang Ramlee telah dianugerahkan anugerah kualiti di tempat beliau berkhidmat sekarang iaitu di RTM. Menurut beliau ia adalah anugerah yang bermakna untuk beliau setelah beberapa tahun berkhidmat di RTM dan lebih-lebih lagi diperolehi sempena dengan hari lahir beliau. Mari lihat gambar dikirim oleh abang Ramlee pada kami moderator RAMFC.

 
  
Akhir sekali untuk saudara Ramlee terimalah kad hari lahir yang direka oleh saudari GC khas untuk tatapan Abang Ramlee dari beliau. Kami di RAMFC akan terus menyokong segala karya-karya saudara dalam mana-mana bahasa sekali pun. Semoga sukses dan terus bahagia di samping keluarga yang tersayang.

Share:

12 Ulasan

  1. wow kak elle. nk pinjam igauan maut leh x? teruja..

    BalasPadam
  2. elle aje yg dapat free....apalah abg ram nie...

    BalasPadam
  3. nak igauan maut jugakkkkkkkkkkk

    BalasPadam
  4. Tahniah Abang Besarrrrrrr (bersin) "abang ipar" .... muhahhahahah

    Salam Keikhlasan

    -Kucing Parsi Lentok-

    BalasPadam
  5. Aku rasa si kucing parsi ni kita bleh cari la.. aku mcm pernah jumpa.. jaga ko frod, aku cari smpi dpt nti.. :)

    BalasPadam
  6. akim jgn lupa akak ek........
    coz akak nak join jugak masa pencarian 2 tau he3

    BalasPadam
  7. Tahniah abg RAM....
    Terima Kaseh Elle sbb posted kad bday tu :p

    ><(((:>GC<:)))><

    BalasPadam
  8. orait, kita sama2 bongkarkan identiti si frod ni, mcm dlm tangisan berdarah tu, ye ke roselia tu pontianak.. jom kita siasat.. wartaweb oshoot, xnak join ke? haha..

    BalasPadam
  9. bersungguh2 korang nie!! hui takut beta..

    BalasPadam
  10. apahal nie...berangan jadi ratna ke...hallo ratna dah ada kat sini...abg ram dah confirm yg betalah ratna sebenarnya...

    BalasPadam
  11. haha, kak elle ke ratna kenchana dewi dalam anugerah skrin tu? ayoyo, oh my gosh.. haha..

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin