Laporan Pertama- Majlis Berbuka Puasa RAMFC

Assalamulaikum dan salam sejahtera saudara sekalian,

Pada hari Rabu iaitu 17 September 2008, kelab telah mengadakan majlis berbuka puasa sempena kedatangan seorang ahli kelab iaitu saudari Linda Amri dari Sabah ke Kuala Lumpur mengikuti kursus di sini. Maka tidak semena-mena kami telah mengadakan perjumpaan kali pertama RAMFC yang bertempat di KFC, Pasar Budaya.

Kami di RAMFC berbesar hati kerana saudara Ramlee Awang Murshid, motif utama kelab ini diadakan sudi meluangkan masanya bersama anak serta isteri ke perjumpaan kita yang tidak seberapa. Paling tidak disangka kedatangan Encik Norden, Pengurus Besar Alaf21 turut turun memeriahkan suasana. Saya bagi pihak moderator-moderator, ahli-ahli kelab mengucapkan ribuan terima kasih.

Di sini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada attokz yang sudi menjadi tulang belakang perjumpaan ini. Tidak lupa kedatangan rakan-rakan dari Melayu.com dan juga alaf21fc untuk memeriahkan majlis. Terima kasih kerana turut menyokong usaha kami untuk merapatkan ukhwah. Saya juga secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada saudara-saudara moderator, abang suhaimi long dan web sutera yang turut hadir. Terima kasih kepada anim, linda amri dan hakim, lain kali jangan segan sertai kami lagi. Kepada rakan-rakan yang tidak hadir, di lain perjumpaan dan dipanjangkan umur boleh kita ketemu lagi.

Saya akhiri ucapan terima kasih dengan video ucapan dari saudara Ramlee Awang Murshid dan En. Norden kepada RAMFC. Wassalam.

Ucapan Dari Ramlee Awang Murshid



Ucapan dari Pengurus Besar ALAF21 En Norden


Laporan dari blogger-blogger yang hadir

1. Faizzah - Isteri attok
2. Web Sutera - Moderator Blog RAMFC






* laporan bergambar akan menyusul nanti.

Share:

4 Ulasan

  1. attokz menyibuk di belakang sdr Ramlee, hihihihi...

    BalasPadam
  2. hi semua, hakim (nick akimsensei dlm chatbox kt atas) ni. sori la smlm, tiba2 je terjengol kt kfc tu. sebenarnya 50/50 nk gi, biasa la pemalu + segan sket. btw, thanks byk2 esp tu penganjur celle ng attukz. thanks gak kpd yg belanja. to abg ramlee, thanks sbb autograph tu. sbnrnya prnh dpt autograph abg ramlee kt novel bagaikan puteri sbb hakim menang kuiz bagaikan puteri kt web alaf21 tu. tp malgnya, novel tu kene curi time kt utm dulu. sayangnya. btw, harap sgt kalau novel igauan maut dpt direpublish balik oleh alaf21. better kekalkan yg lama, kalu nak buat penambahan bg tebal, boleh kot sbb dh jadi versi alaf21. tp kalau nk kekalkan pun ok gak, baru fresh n original.. mesti dpt smbutan hangat sbb ramai yg tengah cari. hakim dah gi selongkar kt rak dbp kt menara dbp, jln dwn bahasa tu tp xde. frust gile, igtkan bila dh kene posting kt kl, bleh la baca novel tu. cari kt national library pn xde jugak. ada dlm database tp kt rak tu xde langsung. frust lg skali. harap abg ramlee terus berjaya dlm lapangan penulisan. harap alaf21 terus unggul di persada penerbitan buku. harap clubram terus menonjol utk promote novel2 ram. rasanya bleh kot ajak kwn2 dlm friendster meriahkan clubram ni sbb akim pn tau kewujudan clubram ni dr situ. arigato. guminavo zou diou clubram.

    BalasPadam
  3. salam semua.....
    wlpun i x de masa korg buat gathering 2 tp rasa bangga jugak la coz ram sebut nama i kan hehe

    BalasPadam
  4. rugi yer x dapt datang... wawawa..

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin