Trilogi Cinta Epik

Akhirnya Sempurna...
Bermulalah lagi satu kembara , kesinambungan kisah yang dimulakan dengan "Bagaikan Puteri", disambung"Cinta Sang Ratu" dan kembali lagi untuk mencabar imaginasi dan akal... dengan "Hijab Sang Pencinta"...
Cuba biarkan diri anda berfantasi dan lari dari realiti untuk membayangkan betapa hebatnya dunia cerita yang cuba disampaikan oleh saudara RAM... Jika ada yang mampu menghasilkan atau menzahirkan trilogi cinta epik ini ke layar perak dengan olahan dan grafik yang TERbaik... pasti ramai yang akan menontonnya...
ahaks...(skema plak rasanya ) ...budakhutan di Negeri di bawah Bayu ni...masih ternanti nanti hadirnya HSP di kedai2 buku yang berhampiran...


KISAH SEORANG GEMBALA

Bukan hari makin pagi,
tidak juga akan terus malam,
yang pasti ia akan terus berlalu pergi,
walau cintamu begitu mendalam...
dalam..

mungkin seribu tahun lagi akan kekal ,
tapi tiada bermaksud selamanya cekal ,
ibarat putaran roda dan takal ,
jatuh bangun mainan akal,
yang perlu hanya benak diisi bekal....
bekal...

Kadang payah melontar suara,
tak mahu dikecam biadap bicara,
sampai bila di belakang juara?
andai hasad dengki sesama saudara..
saudara sebangsa...saudara seagama...saudara senegara...saudara sedunia...
saudara...

aku tidak tahu...

Share:

8 Ulasan

  1. pergh!! xsabo nak beli ni :)

    BalasPadam
  2. tak lama lagi akan sampai jugak tu.. sabo yeak

    BalasPadam
  3. Selepas tamat membaca HSP, memang terasa ada kekurangan. Tapi taklah sampai menjejaskan kehebatan trilogi ni keseluruhannya. CSR tetap adalah yg terbaik dlm trilogi ni. BP pula ialah pembuka tirai yg hebat. Tapi HSP masih ada kekuatan tersendiri dan mampu memberi kesan yg baik dari segi watak Laksamana Sunan tu sendiri. Ramai pembaca ternanti-nanti kesudahan kisah Saifuddin & Haryani. Bagi saya, watak Haryani agak terpencil sedikit sebab HSP banyak menceritakan perjuangan Laksamana Sunan memerangi kejahatan. Manakala kesudahan cinta Haryani tu macam sedih je, kan. Tapi saya tak sedih pun sbb saya lebih bersedih dgn perjalanan hidup Saifuddin. Gelaran “Lelaki berduka dari Tanah Rencong” amat meruntun perasaan.

    Persepsi saya terhadap watak Haryani telah berubah sejak CSR lagi, iaitu ‘TAK BERAPA SUKA’ dan saya berjaya mengekalkan persepsi tu dalam HSP. Ermm… terfikir jgk nak tukar nama trilogi ni kepada TRILOGI LAKSAMANA SUNAN. He he…

    BalasPadam
  4. antara 3 novel tersebut...yang pling mnarik adalah CSR....byk bende yg x kite jangka....tapi the latest one (HSP)...criter memang straight to the point...so agak 'kureng' cket die punye suspen tu..kalau Bagaikan Puteri, part yg paling best waktu Sunan belawan ngan Tuah...watak Haryanie x dpt nak tanding watak sang ratu lagi...kalu dibuat filem lah crite nie..tak tau ler nak pilih sape untuk jadi watak laksamana Sunan...

    BalasPadam
  5. fyena pun berpendapat CSR mmg yg terbaik dalam trilogi ini..tp gabungan ketiga-tiganya menjadikan trilogi ini mampu meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri pembaca...

    Trilogi ini memberi impak yang besar dalam diri seseorang...dr seorang yang mungkin selama ini tidak pernah membaca penulisan saudara Ramlee kini tertarik untuk terus membacanya....dan mungkin disebabkan trilogi ini peminat karya saudara Ramlee semakin bertambah..

    sekadar pandangan

    BalasPadam
  6. tapi rasenye pembuka tirai BP lebih berkesan. CSR lebih menekankan dunia di sebalik hijab yang agak exaggerated menyebabkan sesetengah org yg bfikiran 'matang' (hehe) tak dapat menerima cerita tersebut.
    penutup pula agak straight, menyebabkan prasaan menjadi kurg selesa membaca karya RAM.
    overall, saya lebih suka trilogi Tombiruo.
    atau ringkasnye:
    Anugerah Novel Popular - RAM
    Kategori Hikayat:
    Trilogi Sunan.

    Kategori Moden:
    Trilogi Tombiruo

    Kategori Keseluruhan:
    Trilogi Tombiruo

    Kaegori Luar Negara:
    ADAM

    wakaka~ jom buat Anugerah camni nak?

    BalasPadam
  7. Nusya~ Ya , tidak dinafikan jalan penceritaan HSP ini lebih kepada perjalanan / perjuangan Saifuddin... setuju dengan dengan pandangan Nusya , Bagaikan Puteri merupakan satu pembukaan epik yang menarik , manakala Cinta Sang Ratu sebagai klimaks epik cinta dimensi ini , dan Hijab Sang Pencinta merupakan kepada pelengkap kepada trilogi yang lebih merungkaikan persoalan-persoalan dari dua buah novel sebelumnya...

    Kodok~ pada pandangan saya , watak Laksamana Sunan boleh dilakonkan dengan jayanya oleh M.Nasir ... entah kenapa bila saya cuba membayangkan keseluruhan jalan cerita dalam fantasi di minda.... hanya beliau yang selalu muncul ... mungkin sebab misai dan janggutnya yang macho.. hehehe

    Fyena~Ya, kesemuanya , BP , SCR dan HSP saling lengkap melengkapi dan memberikan impak yang mendalam kepada emosi dan imaginasi

    HafizAdam~ Mungkin perubahan dimensi dari mood klasik serta tradisional berbentuk hikayat dan lagenda ke zaman semasa telah menyebabkan pembaca rasa penceritaan tersebut kurang memikat. Dari satu sudut , ia sedikit mencakupi peralihan dari satu penceritaan hikayat ke sains fiksyen... err... sekadar pandangan.

    Anugerah ? sokong !

    BalasPadam
  8. Saya memang peminat setia buku trilogi bagaikan puteri..Saya boleh katakan bagaikan puteri adalah satu permulaan yang amat baik..I can even dream about the whole storyboard..

    Memang agree sgt2 kalau cerita ini menjadi live..as in dibuatkan satu filem ataupun satu drama..Buku cerita ini memberi banyak pengajaran antara hak dan yang batin.. Memberikan semua pembaca untuk berfikir..dengan plot-plot yang tidak disangka-sangka..

    Overall,i can say..HSP is very straight forward but yeah tetap baguuussss....but in the top list ialah BP dan CSR..

    Saya disini akan terus menyokong buku karya anda..Dan akan recommend this book to all my friends here di Singapore..haha..

    So yeah waiting for your latest book..MIKHAIL...really cant wait..

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin